Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong
link : Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Baca juga


Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

DETIK DAILY
 



PETALING JAYA: Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1” (MO1), ungkapan yang digunakan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa salah laku dan kecurian dana dari 1MDB.


Rosli Dahlan melahirkan rasa terkejut dengan Nawawi yang dianggapnya sebagai biadap terhadap Agong, dan berharap semua pihak mengutuk kenyataan itu.

“Tidak ada yang lebih gila dan keji daripada apa yang dikatakan dalam Facebook beliau (Nawawi),” kata peguam terkemuka itu.

Katanya, sekiranya peguam negara tidak bertindak, beliau sendiri akan membuat permohonan untuk mendakwa Nawawi demi mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam beberapa komen bersama pengguna Facebook, Nawawi berkata ungkapan “MO1” itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan pegawai nombor satu negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.

“MO1 ialah Malaysian Official No 1. Mengikut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari 3 entiti utama yang berasingan dan independent iaitu 1) badan kehakiman diketuai chief justice atau ketua hakim negara 2) badan perundangan parlimen diketuai Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar dan 3) badan eksekutif diketuai oleh YAB Perdana Menteri.

“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab pada DYMM Agong. Maka mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” tulis Nawawi dalam Facebooknya baru-baru ini.

Beliau merujuk dokumen 136 muka surat DOJ bulan lalu membutirkan salah laku dan kecurian wang 1MDB, yang turut menyebut “MO1” sebanyak 36 kali.

Walaupun spekulasi mengaitkannya kepada perdana menteri, pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam siasatan DOJ itu.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bagaimanapun berkata hanya “orang bodoh” yang tidak tahu identiti MO1.

Dokumen DOJ itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho.

Rosli berkata dalam “mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan”, Nawawi merasakan wajar memburuk-burukkan institusi raja.

“Inilah yang berlaku sekiranya keadilan dibelakangi dan keluhuran undang-undang dipijak. Kita tidak boleh biarkan kelakuan sebegini menjangkiti masyarakat semata-mata mahu membela pegawai yang rasuah,” kata Rosli.~FMT



Demikianlah Artikel Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Sekianlah artikel Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/polis-digesa-tangkap-nawawi-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: