Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1

Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1
link : Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1

Baca juga


Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1” (MO1), ungkapan yang digunakan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa salah laku dan kecurian dana dari 1MDB.

Rosli Dahlan melahirkan rasa terkejut dengan Nawawi yang dianggapnya sebagai biadap terhadap Agong, dan berharap semua pihak mengutuk kenyataan itu.


“Tidak ada yang lebih gila dan keji daripada apa yang dikatakan dalam Facebook beliau (Nawawi),” kata peguam terkemuka itu.

Katanya, sekiranya peguam negara tidak bertindak, beliau sendiri akan membuat permohonan untuk mendakwa Nawawi demi mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam beberapa komen bersama pengguna Facebook, Nawawi berkata ungkapan “MO1” itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan pegawai nombor satu negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.

“MO1 ialah Malaysian Official No 1. Mengikut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari 3 entiti utama yang berasingan dan independent iaitu 1) badan kehakiman diketuai chief justice atau ketua hakim negara 2) badan perundangan parlimen diketuai Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar dan 3) badan eksekutif diketuai oleh YAB Perdana Menteri.

“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab pada DYMM Agong. Maka mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” tulis Nawawi dalam Facebooknya baru-baru ini.

Beliau merujuk dokumen 136 muka surat DOJ bulan lalu membutirkan salah laku dan kecurian wang 1MDB, yang turut menyebut “MO1” sebanyak 36 kali.

Walaupun spekulasi mengaitkannya kepada perdana menteri, pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam siasatan DOJ itu.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bagaimanapun berkata hanya “orang bodoh” yang tidak tahu identiti MO1.

Dokumen DOJ itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho. Rosli berkata dalam “mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan”, Nawawi merasakan wajar memburuk-burukkan institusi raja.

“Inilah yang berlaku sekiranya keadilan dibelakangi dan keluhuran undang-undang dipijak. Kita tidak boleh biarkan kelakuan sebegini menjangkiti masyarakat semata-mata mahu membela pegawai yang rasuah,” kata Rosli. -FMT

ULASAN GB

Kalau ya pun nak mengampu Najib janglah heret nama Yang Dipertuan Agong sebagai MO1.

Dah jelas dah MO1 itu merujuk kepada "seseorang yang merupakan ada tali persaudaraan dengan Riza Shahriz dan tak ada kena mengena dengan Yang Dipertuan Agong.


Pihak polis sepatutnya tidak berdiam diri dan bersikap profesyenal tanpa pilih kasih. Tangkaplah segera ahli parlimen yang cuba mengkaitkan nama Yang Dipertuan Agong dalam kes 1MDB ini.


VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS




Demikianlah Artikel Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1

Sekianlah artikel Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/polis-perlu-tangkap-nawawi-kerana-tuduh.html

Subscribe to receive free email updates: