RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1?

RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1?
link : RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1?

Baca juga


RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1?


Kos pembinaan projek Transit Aliran Massa 1 (MRT1) dari Sungai Buloh ke Kajang bukannya RM21 bilion, sebaliknya ialah RM28 bilion, dakwa Rafizi Ramli.

Naib presiden PKR itu berkata, ia perlu mengambil kira kos perunding sebanyak RM7 bilion.

Katanya, kos itu dibayar MRT Corp kepada KVMRT Sdn Bhd, sebuah konsortium bersama yang dibentuk MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd.

Beliau merujuk laporan New Straits Times pada Julai 2014 yang memetik bekas ketua pegawai eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai mengesahkan kos keseluruhan pembinaan MRT1 ialah RM28 bilion, termasuk kos perunding yang dibayar kepada KVMRT.

Ahli Parlimen PKR Pandan itu mengadakan sidang akhbar harian bagi mempertikaikan angka rasmi bagi kos pembinaan projek MRT.

Terdahulu, pasukan komunikasi strategik Barisan Nasional menafikan hujah Rafizi semalam mengenai kos tinggi projek itu berbanding projek MRT sama di Sepanyol dan Korea Selatan.

Menurutnya, Rafizi merujuk blog dikenali sebagai Pedestrian Observations yang memberi amaran kepada pembaca untuk tidak bergantung kepada data yang mungkin salah itu.

Rafizi hari ini menolak kenyataan ini yang didakwanya dibuat “tentera siber”.

“Saya tidak respons kepada tentera siber. Saya mahu seseorang yang saya boleh saman.

“Ia adalah lawak yang anda mempunyai pengarah komunikasi strategik yang tidak berkomunikasi dan outsource segala-galanya kepada hantu yang saya tidak boleh saman.” ~ FMT





Demikianlah Artikel RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1?

Sekianlah artikel RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/rm7-billion-kos-untuk-perunding-mrt1.html

Subscribe to receive free email updates: