Nasib malang Polis Pencen yang terabai

Nasib malang Polis Pencen yang terabai - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasib malang Polis Pencen yang terabai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasib malang Polis Pencen yang terabai
link : Nasib malang Polis Pencen yang terabai

Baca juga


Nasib malang Polis Pencen yang terabai

Sjn Hamidon bersama isterinya Pn Jamaliah
sewaktu beliau masih sihat
 Pn Jamaliah binti Alias merupakan isteri kepada pesara polis Sarjan Hamidon Bin Lan nombor 68743 merungut dan kesal kerana suaminya yang kini terlantar diatas katil tidak mendapat sebarang pembelaan daripada Persatuan Polis Bersara.

 Suaminya terlibat dalam satu kemalangan pada 2009 sewaktu dalam perjalanan untuk bertugas pada 2009. Beliau di masukkan ke ICU selama seminggu dan kemudian dimasukan ke wad untuk rawatan lanjut selama sebulan. 

Setelah dibawa pulang ke rumah, Pn Jamaliah terpaksa membela suaminya macam anak yang baru lahir untuk selama 3 tahun. Hamidon sepanjang masa itu telah diberikan cuti lantaran keadaannya yang sangat uzur.

Pn Jamaliah yang kini tinggal di Taman Desa Pelancungan Ipoh, merungut dan kesal kerana tidak mendapat sebarang imbuhan walaupun suaminya telah berkhidmat selama 37 tahun. Tidak ada seorang pun pegawai atasannya yang pernah ambil tahu langsung tentang hal kebajikannya.

Beliau merayu untuk mendapat bantuan daripada Persatuan Bekas Polis Perak untuk membeli pampers suami dan bantuan untuk menyara kos pelajaran anak-anak, namun tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berasa kesal dan keciwa kerana pihak Persatuan Bekas polis gagal memberikan pembelaan kebajikan keatas suminya yang kini hanya terlantar di pembaringan. Malah menurut katanya, tidak ada siapa pun dari pihak persatuan yang ambil peduli atau datang menjengok untuk melawat dan bertanyakan khabar suaminya sejak 2009 lagi hinggalah kini.

Hamidon kini hanya terlantar dan mengharapkan
isteri untuk membantu menguruskan dirinya.
 Pn Jamilah pernah mengadu kepada Persatuan Bekas Polis untuk mendapat bantuan bagi menampong kos perubatan dan keperluan suaminya yang kini berkeadaan hampir lumpuh dan terbaring sahaja. Tetapi semuanya mengecewakannya.

Beliau juga turut mengadu tentang keperluan bantuan bagi menampung kos sara hidup bersama 3 orang anak yang mana 2 daripadanya sedang melanjutkan pelajaran di IPTS tempatan.

Terpaksalah beliau tanggung semuanya dengan wang persaraan suaminya yang diterima sebanyak  RM2500 sebulan untuk menyara perbelanjaan keluarganya.

Hamidon yang pada mulanya bertugas di bahagian D9, setelah kemalangan dan walaupun dalam keadaannya yang tidak sihat itu telah ditukarkan berkhidmat  ke Sitiawan di bahagian 'Escort'.

 Pegawai yang menerimanya turut mengeleng kepala melihat keadaan  Sarjan Hamidon  datang melaporkan diri dengan kerusi roda yang ditolak oleh seorang kawanya.

Kemudian itu, Hamidon telah ditukarkan semula ke IPK Ipoh bahagian D1 hinggalah beliau bersara pada 2014.

Ditanya samada beliau pernah mengadu kepada wakil rakyat kawasannya, beliau berkata, YB Radzi Zainon pernah datang ke rumahnya dan suruh beliau membuat surat.

"Saya buatlah surat untuk mohon bantuan dan hantar kepadanya, kemudian saya telefon bertanyakan tentang permohonan tersebut tapi Radzi Zainon bertanyakan kepada saya, mana borang?

"Borang apa pula, saya kata... tapi suruh tulis surat dah tu dia pula tanyakan borang??" keluh Pn Jamaliah dengan kesal.



Demikianlah Artikel Nasib malang Polis Pencen yang terabai

Sekianlah artikel Nasib malang Polis Pencen yang terabai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasib malang Polis Pencen yang terabai dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/11/nasib-malang-polis-pencen-yang-terabai.html

Subscribe to receive free email updates: