Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!

Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!
link : Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!

Baca juga


Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!


 Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengemukakan surat peletakan jawatan serta-merta hari ini dan membayar pampasan sebulan gaji semata-mata untuk menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

 Kemasukan Sanusi Othman - yang juga adik kepada bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Allahyarham Yahya Othman - diumumkan Naib Presiden AMANAH Husam Musa di Kota Bharu hari ini.

 Kata Husam Sanusi sanggup membayar pampasan sebulan gaji kepada PMBK semata-mata untuk bersama HARAPAN.

 "Pada hari ini beliau meletak jawatan secara rasmi daripada PMBK, dan telah diterima dengan senang hati - atau susah hati - oleh kerajaan Kelantan," katanya.

 Husam yang juga bekas exco kanan Kelantan memberitahu sebelum ini Sanusi pernah berkhidmat sebagai pegawai Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tetapi "disingkirkan" dipercayai ada kaitan dengan pendedahan pernah dibuat mengenai syarikat berkenaan.

 Kata Husam, dengan penyertaan Sanusi bersama AMANAH, HARAPAN Kelantan bercadang memilihnya sebagai seorang daripada calon mereka untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 ini. 

"Kami pimpinan AMANAH Kelantan berbincang untuk mempertimbangkan beliau sebagai salah seorang calon HARAPAN di DUN yang akan kita umumkan kemudian, " katanya.

 Menurut Husam HARAPAN Kelantan bangga dengan penyertaan Sanusi, 48, yang membuat keputusan itu selepas lima tahun menjadi pegawai kanan dalam PMBK.

 Katanya Sanusi melihat kerajaan Kelantan di bawah PAS tidak lagi relevan untuk terus mentadbir negeri itu dengan cekap, telus, bersih serta berkesan.

 "Kerana itu beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan dalam tempoh 24 jam demi melakukan perubahan bersama rakyat Kelantan," katanya. 

Sementara itu, Sanusi berkata penyertaan beliau itu dibuat demi membantu HARAPAN membentuk kerajaan lebih berkesan dan berintegriti. 

"Bagi saya semua orang boleh buat kerja dan ada kepandaian, tetapi yang paling utama ialah integriti, " katanya ringkas. ~ Malaysiakini


Demikianlah Artikel Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!

Sekianlah artikel Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/04/ketua-pegawai-operasi-pmbk-setai-amanah.html

Subscribe to receive free email updates: