PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin

PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin
link : PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin

Baca juga


PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin

 


Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. 

<!--more-->Katanya, PKR merupakan parti yang tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya berlandaskan perjuangan Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. 

Sebagai salah seorang bekas pemimpin PKR, setelah 20 tahun di dalamnya kini beliau yakin PKR tidak memiliki calon yang layak menjadi wakil rakyat.

“Hari ini, saya datang nak bagi tahu tuan-tuan dan puan-puan tolak PKR. PKR pun tidak ada calon, saya tidak kenal calon ini, saya yang bina PKR dengan Anwar.

“Dia (Anwar) duduk dalam penjara pun sebab masalah dia, saya yang bina parti saya yang pergi jalan raya, berkempen dia duduk penjara dia keluar nak jadi presiden.

“Hari-hari cerita “bila aku nak jadi Perdana Menteri,” cukuplah 20 tahun nak cakap pasal satu orang, kita nak bincang pasal rakyat masalah ekonomi bina negara majukan negara.

“Sekarang tidak ada siapa nak jadi calon PKR sebab ini parti yang tidak mengangkat suara rakyat tidak membela rakyat tapi hanya menjaga kepentingan seorang yang rakus,” katanya ketika melawat Bilik Gerakan PBS, PDM Tamparuli, Jalan Perumahan Kionsom Baru, Tuaran.

Justeru beliau menyeru pengundi Tamparuli menolak calon PKR di DUN berkenaan iaitu, Alijus Sipil dan menyokong calon PBS, Datuk Jahid Jahim.- MalaysiaGazette


Demikianlah Artikel PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin

Sekianlah artikel PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/09/pkr-hanya-perjuangkan-anwar-yang-rakus.html

Subscribe to receive free email updates: