Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLA - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLAlink :
Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLA
Baca juga
Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLA

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung pembinaan projek jalan raya di Perak dan Kedah.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan sebentar tadi membenarkan sebahagian rayuan Ahli Parlimen Baling itu dan melepas dan membebaskan beliau daripada empat pertuduhan pengubahan wang haram.
Perkara itu ditentukan secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan selepas membatalkan keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali berpuas hati bahawa sembilan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya tidak cacat dan tidak memprejudiskan perayu.
Mahkamah berpendapat, pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Azeez juga tidak bertindan di antara satu sama lain atau mengelirukan beliau.
Sehubungan itu, perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan diteruskan dan sebutan ditetapkan pada 7 September ini.
Setakat ini mahkamah telah mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan pada perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.
Abdul Azeez pada asalnya didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM13.9 juta.
Beliau merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin pada 12 Mac 2021 yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan berkata, mahkamah mendapati semua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.
Abdul Azeez menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru dan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di ibu negara pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Beliau turut didakwa atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.
Kesalahan pengubahan wang haram didakwa dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLA
Sekianlah artikel Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLA dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/rayuan-ditolak-azeez-dibicara-atas-3.html