Judul : Blog Mahathir Diserang, Dah Tak Boleh Acess..
link : Blog Mahathir Diserang, Dah Tak Boleh Acess..
Blog Mahathir Diserang, Dah Tak Boleh Acess..
Blog cchedet.com milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diturunkan oleh webmaster apabila ia mengalami kerosakan selepas ia menjadi sasaran 'pencerobohan server' oleh pihak yang tidak dikenali.
Ini telah disahkan oleh pembantu bekas perdana menteri itu Sufi Yusof, yang menulis mengenainya di Facebook.
"Untuk pembaca blog CheDet, saya pasti anda akan sedar bahawa anda tidak dapat mengakses blog itu sejak sebelum tengah hari ini. Malah dari pukul 11 pagi Selasa 16 Ogos blog itu telah tidak boleh diakses.
"Ini disebabkan oleh pencerobohan server, sengaja atau sebaliknya, memaksa webmaster 'menurunkan' blog itu untuk kerja-kerja pembaikan. Pada masa ini ia masih berterusan," tulis Sufi dalam mesej tersebut.
Sejak semalam kesukaran untuk mengakses blog Mahathir dan sehingga lewat malam tadi, chedet.cc masih di luar talian.
"Saya akan cuba kemaskini sebaik sahaja ada kemajuan yang signifikan mengenainya. Kami mohon maaf kerana keadaan tidak dijangka ini," kata Sufi seperti di lapor Malaysiakini hari ini.
Demikianlah Artikel Blog Mahathir Diserang, Dah Tak Boleh Acess..
Sekianlah artikel Blog Mahathir Diserang, Dah Tak Boleh Acess.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Blog Mahathir Diserang, Dah Tak Boleh Acess.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/blog-mahathir-diserang-dah-tak-boleh.html