Judul : Kenapa Najib Dimasukkan Ke Hospital Rehabilitasi Cheras?
link : Kenapa Najib Dimasukkan Ke Hospital Rehabilitasi Cheras?
Kenapa Najib Dimasukkan Ke Hospital Rehabilitasi Cheras?
KUALA LUMPUR: Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) adalah kemudahan pemulihan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit selepas peringkat akut sesuatu penyakit atau trauma.Kemudahan hospital itu merangkumi penjagaan, rawatan dan sokongan diperlukan untuk membolehkan pesakit berdikari.Ia dibina berkonsepkan hospital dalam taman pada 15 Februari 2008 di Batu 4 1/2, Jalan Cheras berdekatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).HRC menyediakan perkhidmatan rehabilitasi pesakit luar selepas keluar dari hospital dan memberi kemudahan dalam menjalankan penilaian terhadap ketidakupayaan selepas sesuatu penyakit atau trauma.Ia juga menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang pemulihan perubatan dan pengurusan ketidakupayaan.HRC menyediakan enam jenis pemulihan dengan perkhidmatan pertama ialah rehabilitasi Neuro iaitu rawatan kepada pesakit yang mengalami kecederaan otak atau saraf.Mereka adalah pesakit angin ahmar, kecederaan otak (TBI), sklerosis berganda, penyakit Parkinson, radang saraf tunjang, radang otak, penyakit saraf dan ketumbuhan otak.HRC turut menumpukan rawatan pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang dan komplikasi akibat kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat tinggi serta keganasan akibat pukulan.Rawatan pemulihan bertujuan mengembalikan pesakit ke tahap fungsi optimum dan merawat komplikasi dihadapi, dengan pesakit lazimnya mengalami tetraplegia (lumpuh seluruh badan) atau paraplegia (lumpuh paras pinggang ke bawah).HRC juga menyediakan perkhidmatan rehabilitasi amputee iaitu pengkhususan membantu pesakit kudung kaki atau tangan, bagi membolehkan pesakit kembali berfungsi secara optimum.Rawatan membabitkan fasa praamputasi, pasca amputasi, praprostetik dan pasca prostetik.Pesakit kanak-kanak dirawat melalui rehabilitasi pediatrik bagi kes kecacatan otak, spina bifida atau kecacatan tulang belakang, penyakit saraf, kecederaan otak, kecederaan saraf tunjang dan lain-lain ketidakupayaan kongenital.Rehabilitasi akan membolehkan pesakit mencapai tahap perkembangan optimum, bersesuaian dengan kadar tumbesaran kanak-kanak.Warga emas berusia 60 tahun ke atas akan diberi rawatan pemulihan geriatrik dan mereka yang dirawat berpotensi kembali ke tahap asap dengan kebanyakannya berkaitan penyakit neurologi dan ortopedik.Seterusnya adalah rehabilitasi kardio pulmonari, iaitu pesakit yang mengalami pintasan koronari stabil, infarksi miokardium akut, sindrom koronari akut dan penyakit halangan saluran pernafasan kronik.HRC bermatlamat menjadi pusat rujukan penyediaan perkhidmatan rehabilitasi perubatan komprehensif di Malaysia dan hanya menerima rujukan daripada pakar rehabilitasi hospital lain, seiring kedudukannya sebagai pusat rujukan tertiari.Berdasarkan kemas kini di Facebook HRC, ia turut menawarkan terapi haiwan sebagai bentuk rawatan dengan matlamat meningkatkan fungsi sosial, emosi, atau kognitif pesakit ~ Berita Harian
Demikianlah Artikel Kenapa Najib Dimasukkan Ke Hospital Rehabilitasi Cheras?
Sekianlah artikel Kenapa Najib Dimasukkan Ke Hospital Rehabilitasi Cheras? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Najib Dimasukkan Ke Hospital Rehabilitasi Cheras? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/kenapa-najib-dimasukkan-ke-hospital.html