Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun

Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun
link : Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun

Baca juga


Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus mencatat penurunan ketara hari ini apabila mencecah paras 4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) paras terendah


Pada sekitar jam 5 petang ini, ringgit berada di paras 4.795 susut 0.41 peratus berbanding penutup semalam.

Jika disingkap semula, mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia.

Paras terbaharu hari ini juga mengatasi paras terendah harian yang dicatat pada 23 Oktober 2023 lalu iaitu 4.7925.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan analisis teknikal, ringgit telah pun melepasi paras rintangan iaitu RM4.7958.

"Kita sedia maklum bahawa tren mata wang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran. Terbaru, bank pusat China telah pun mengurangkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas dan ia melebihi jangkaan penganalisis ekonomi. Situasi ini sudah pasti akan melemahkan mata wang Yuan.

"Ringgit pula dilihat kaitan ketara dengan mata wang yuan. Maka sebarang pergerakan Yuan sudah pasti akan memberi kesan kepada ringgit. Persoalannya, apa yang harus dilakukan oleh pembuat dasar?

"Persoalan ini tidak semudah yang disangka dan jalan penyelesaiannya juga tidak boleh disamakan seperti yang pernah dilaksanakan pada tahun 1998," katanya kepada BH.

Beliau menambah, umum mengetahui bahawa pasaran modal Malaysia begitu terbuka kepada pelabur asing, susulan itu mereka bebas memiliki saham dan bon yang diterbitkan di Malaysia.


Berdasarkan data terkini, nisbah milikan asing dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelabuaran Kerajaan (GII) telah pun merosot ke paras 33.8 peratus dan 9.3 peratus setakat Januari 2023.

Ini berbanding 36.6 peratus dan 10.2 peratus yang dicatatkan pada Julai tahun lalu.

"Ada pelbagai sebab milikan asing berkurangan. Salah satunya adalah pulangan pelaburan yang lebih tinggi di AS berdasarkan perbezaan kadar faedah iaitu Fed Fund Rate berada pada paras 5.50 peratus berbanding OPR 3.0 peratus.

"Namun, penyelesaian isu kelemahan ringgit melalui kenaikan OPR adalah tidak tepat kerana ia boleh melemahkan ekonomi domestik.

"Justeru apakah jalannya? Jalan terbaik adalah dengan menunjukkan bahawa reformasi dasar ekonomi sedang dijalankan dan pelaksanaannya mengikut jadual yang ditetapkan," katanya,

Selain itu, katanya, perubahan dasar perlu berlaku secara beransur-ansur dan tidak mendadak.

"Kemudian, komunikasi kepada rakyat, pelabur dan pengusaha perlu dijalankan supaya mereka mendapat gambaran sebenar apa yang ingin dicapai.

"Pendek kata, perlu konsisten dan realistik. Mungkin inilah caranya yang boleh menarik perhatian pelabur asing untuk membeli saham dan bon di Malaysia dan sekiranya ia berlaku secara berterusan maka ringgit bakal pulih dalam tempoh akan datang," katanya - BH


Demikianlah Artikel Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun

Sekianlah artikel Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/ringgit-susut-ke-paras-terendah-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: