Babi Pun Kena Fitnah..

Babi Pun Kena Fitnah.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Babi Pun Kena Fitnah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Babi Pun Kena Fitnah..
link : Babi Pun Kena Fitnah..

Baca juga


Babi Pun Kena Fitnah..


BUKIT MERTAJAM: Ladang babi yang disyaki menjadi punca kepada pencemaran dua batang sungai di Kedah iaitu Sungai Kulim dan Sungai Air Merah se­perti yang ditularkan semalam rupanya ladang itik baka.

Pengerusi Jawatankuasa Agro­teknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, perkara tersebut disahkan selepas satu siasatan menyeluruh dijalankan di ladang ternakan haiwan itu di Sungai Lembu di sini.


Beliau berkata, selain Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, turut serta dalam siasatan itu ialah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan beberapa agensi lain yang berkaitan.

“Kita pergi ke dua ladang ternakan haiwan semalam. Ladang pertama iaitu ladang khinzir didapati tidak mempunyai kaitan dengan isu pencemaran itu. Sebaliknya, masalah pencemaran tersebut dipercayai berpunca daripada ladang itik baka yang terletak bersebelahan dengan ladang tersebut.

“Dalam hal ini, kita dapati memang ada direct discharge (pelepasan terus air) daripada ladang itik baka itu ke Sungai Air Merah dan Sungai Kulim.

“Bagaimanapun, aktiviti tersebut tidak beri kesan langsung kepada air yang dirawat oleh PBA (PBAPP) kerana lokasinya (kawasan rawatan air) agak jauh iaitu 14 kilometer (km).

“Secara umumnya, perkara ini dilihat memberi kesan kepada alam sekitar sahaja dan bukannya pengguna air di Pulau Pinang atau Kedah,” katanya kepada pemberita selepas melawat kedua-dua ladang ternakan itu di sini, semalam.


Media sebelum ini melaporkan bahawa JAS Kedah mengesan berlakunya kegiatan pelepasan sisa ternakan babi disyaki berpunca dari ladang perkampungan Sungai Lembu yang menyebabkan berlakunya pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di sana.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu Jumaat lalu, sebelum pegawai penyiasat JAS Cawangan Kulim digerakkan bagi mengesan punca kejadian.

Sementara itu, Pengarah JPV negeri, Dr Saira Banu Mohamed Rejab memberitahu, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mengambil tindakan terhadap pengusaha ladang ternakan itik baka itu kerana ladang berkenaan belum diletakkan di bawah bidang kuasa JPV.

Ini berikutan enakmen berkaitan penternakan serta perladangan unggas baru sahaja dikuatkuasakan awal tahun ini. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Babi Pun Kena Fitnah..

Sekianlah artikel Babi Pun Kena Fitnah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Babi Pun Kena Fitnah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/babi-pun-kena-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates: