Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali..

Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali..
link : Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali..

Baca juga


Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali..

Orang dulu-dulu ada berpesan, kalau kita nak jadikan sesuatu itu menjadi kenyataan, sebutlah sebanyak 44 kali, ianya akan jadi kenyataan..betul atau tidak.. entahlah.

Yang selalu aku dengar ialah ayat ni "Cukup 44 orang kata hang bodoh.. maka bodohlah hang.."


Jadi aku cadangkan supaya Zahid Hamidi Presiden UMNO tu buat sidang media biar cukup 44 kali mengatakan Muhyiddin tumbang.. mana tahu kot-kot betul apa yang orang tua-tua dulu tu pesan.. cubalah!

Campur sidang media yang semalam tu baru 3 kali.. lagi 31 kali saja..

Eh! Bukan Presiden UMNO saja.. Presiden PKR pun boleh cuba buat sidang media mengatakan Muhyiddin dan PN dah tumbang bagi cukup 44 kali..

Ha.. ha.. ha...

Biarpun dah berkali-kali dikatakan tumbang namun hari ini Muhyiddin masih kekal berdiri.. liatnya dia ni..




Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kedudukan beliau sebagai perdana menteri akan ditentukan oleh undi kepercayaan dalam sidang Dewan Rakyat pada September, sehari selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap kerajaan.Muhyiddin berkata cadangan beliau juga sudah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong sewaktu mengadap pagi tadi.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September. Melalui cara ini kedudukan saya sebagai perdana menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

“Alhamdulillah, ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri ahli-ahli Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

Muhyiddin berkata sewaktu mengadap di Istana Negara hari ini, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memaklumkan kepada beliau bahawa lapan orang ahli Parlimen Umno telah menarik sokongan terhadap beliau.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau turut menyambah maklum kepada Agong bahawa beliau memiliki akun bersumpah ahli-ahli Parlimen yang menunjukkan beliau masih memiliki majoriti sokongan.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.

“Namun, saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai perdana menteri seringkali dipersoalkan. Maka, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen,” katanya.

Menurut Perkara 43(4), Kedua, perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah menteri jika tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Muhyiddin katanya jemaah menteri dan pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan tugas seperti biasa termasuk usaha program imunisasi Covid-19 negara yang kini mencatat rekod kadar vaksinasi tertinggi di dunia selepas lebih 22 juta populasi negara sudah menerima suntikan vaksin mereka.

“Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

“Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya para frontliners, agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh,” tambahnya.

Muhyiddin berkata wujud pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan tuntutan-tuntutan mereka, antaranya desakan mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Meskipun tidak menyebut nama, namun ia dipercayai merujuk kepada kumpulan “kluster mahkamah” dalam Umno.

Antaranya presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi, bekas presiden Najib Razak, Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan adalah antara mereka yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Kluster mahkamah merujuk beberapa pimpinan Umno yang kini berdepan beberapa pertuduhan rasuah di mahkamah.

Zahid semalam mengumumkan penarikan sokongan kepada PN daripada ahli-ahli Parlimen Umno.

Terdahulu, ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa sudah mempunyai angka yang cukup untuk menumbangkan PN.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya lapor MalaysiaNow




Demikianlah Artikel Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali..

Sekianlah artikel Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohon Zahid Hamidi Cukupkan PC Muhyiddin Tumbang Tu 44 Kali.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/mohon-zahid-hamidi-cukupkan-pc.html

Subscribe to receive free email updates: