Judul : Awas! Beruk-beruk berkeliaran pagi ini ...
link : Awas! Beruk-beruk berkeliaran pagi ini ...
Awas! Beruk-beruk berkeliaran pagi ini ...
Pas cuba mengambil kesempatan dengan menyalahkan DAP. |
Malah Pas cuba mengheret ummat Islam untuk berdemo pagi ini kerana katanya karikatur tersebut menghina Islam!
Pas cuba mengambil kesempatan dengan memainkan sentimen rasis dan ugama, satu kelaku buruk yang dulunya hanya di mainkan oleh Umno tetapi kini telah diambil aleh oleh Pas.
Tang mana karikatur tersebut menghina Islam?
Pas cuba mengaitkan dengan Islam dan mengajak orang Islam berdemo pagi ini waima karikatur tersebut bukan menghina Akta355 atau ummat Islam, tetapi menggambarkan mengenai urusan RUU355 yang telah 3 kali ditangguhkan!
Karikatur tersebut bukan hanya menggambarkan Hj Hadi dan Speaker Dewan sebagai beruk, malah MP-MP lain, termasuk pembangkang yang bertekak juga sebagai beruk.
Begitulah gambaran dari sudut pandang pelukis karikatur tersebut bahawa betapa bejatnya Parlimen Malaysia hari ini hinggakan ia diumpamakan terdiri dari sekumpulan beruk-beruk sarkis berhubung tatacara dalam mengendalikan RUU355 yang sudah 3 kali ditangguh.
Speaker Dewan menangguhkan sesi persidangan tanpa memberi ruang kepada ahli parlimen Pakatan Harapan untuk berbahas, membalas hujah di pihak pembentang RUU355.
Adakah MP-MP lain termasuk pembangkang yang turut digambarkan sebagai beruk naik marah sebagaimana PAS?
Belum lagi ada kedengaran tentang kemarahan MP-MP Pembangkang dilaporkan. Mungkin mereka sudah lali dengan gelaran-gelaran binatang yang pernah mereka dapat dari Presiden Pas sendiri, Hj Hadi.
Bewak, babi, anjing adalah antara gelaran-gelaran yang pernah dihamburkan oleh mulut Hj Hadi terhadap MP-MP Amanah dan DAP. Ada banyak lagi lain-lain gelaran kalau mahu disenaraikan.
Apakah Pas buat-buat lupa maka mereka terlalu marah bila presiden mereka digambarkan sebagai beruk hingga ajak orang berdemo?
Pas menyifatkan karikatur beruk itu sebagai tindakan yang "kurang ajar dan melampau."
Bagaimana pula dengan kelaku Hj Hadi yang melabel orang lain dengan pelbagai gelaran penghinaan?
Kalau sesiapa nak tengok beruk-beruk terlepas berkeliaran, pergilah ke depan pejabat Nanyang Siang Pau di PJ pagi ini!
Demikianlah Artikel Awas! Beruk-beruk berkeliaran pagi ini ...
Sekianlah artikel Awas! Beruk-beruk berkeliaran pagi ini ... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Awas! Beruk-beruk berkeliaran pagi ini ... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/awas-beruk-beruk-berkeliaran-pagi-ini.html