Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa

Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa
link : Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa

Baca juga


Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa



Kuala Lumpur: Disebabkan enggan menuruti arahan majikan untuk tidak berpuasa, pengawal peribadi bersama rakannya dibelasah dan diacukan pistol, semalam.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebelum itu mangsa berusia 26 tahun bersama majikannya seorang lelaki berusia 43 tahun berada di kondominium di Jalan Pinang, di sini pada 10 malam.

Menurutnya, suspek kemudian memarahi mangsa yang memaklumkan dia berpuasa sebelum menamparnya.


"Sebaik tiba di rumah suspek di Batu Nilam, Klang, mangsa dibelasah dengan rotan selain diacukan pistol oleh suspek.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan beku dan lebam pada badan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," katanya hari ini.

Katanya, dua mangsa sudah bekerja dengan suspek sebagai pengawal peribadi sejak tiga dan tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, suspek akan memarahi mangsa jika mengetahui pekerjanya itu berpuasa dan memaksa agar tidak meneruskannya.

"Polis kini sedang mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Dan Harian Metro juga melaporkan suspek yang memukul telah ditahan semalam..

Klang: Polis menahan empat individu dipercayai terbabit dalam kejadian dua lelaki dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikannya seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu.


"Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

"Semua suspek akan direman di Mahkamah Klang esok (Khamis)," katanya dalam kenyataan, malam tadi.


Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, dekat sini.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa dan lelaki itu juga mengambil pistol yang berada di pinggang seorang daripada dua mangsa dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

"Bagaimanapun, Polis Klang Selatan ingin menegaskan bahawa kes ini tidak membabitkan sebarang isu perkauman.

"Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang- undang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ahli perniagaan antara empat individu ditahan berkaitan kes itu.

Katanya, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan 8.20 malam tadi di ibu kota hasil risikan polis susulan laporan dibuat mangsa. 

 "Ya suspek sudah ditahan malam tadi dan akan direman pagi esok (Khamis) untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.


Kegilaan apa ini?? 



Demikianlah Artikel Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa

Sekianlah artikel Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/bodyguard-dibelasah-kerana-berpuasa.html

Subscribe to receive free email updates: