Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi?

Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi?
link : Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi?

Baca juga


Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi?

 


PUTRAJAYA: Golongan bumiputera di seluruh negara diseru supaya tidak malu mencontohi perangai Yahudi yang tegar menyokong produk atau perkhidmatan bangsa tersebut sendiri.

Saranan itu disuarakan oleh Pengerusi Sesi Libat Urus Kluster Pengukuhan Industri Halal, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin pada sidang pleno Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini, semalan.


“Kita tidak patut malu untuk tiru cara orang Yahudi yang boleh bangkit dengan amat hebat walau di mana berada sebab mereka disokong cukup kuat oleh kaum itu sendiri,” katanya.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad itu dipercayai merujuk konflik antara rejim itu dengan penduduk Palestin di Gaza.

Ia menyaksikan negara haram itu angkuh tidak peduli bantahan antarabangsa atas isu kekejaman mereka kerana yakin gerakan boikot Israel di seluruh dunia tidak berkesan.

Ketika ini dianggarkan hanya ada hampir 16 juta individu berketurunan Yahudi di pelbagai negara dengan Israel yang paling ramai iaitu 7.2 juta diikuti Amerika Syarikat pula 6.3 juta.

Walaupun cuma 0.2 peratus daripada populasi dunia, namun mereka menguasai kekayaan planet bumi ini selain mengawal propaganda media antarabangsa agar kekal pro-Zionis.


Mengulas lanjut, Ameer Ali mengulangi kenyataannya sebelum ini agar pihak kerajaan mewajibkan kuota 70 peratus pembelian produk bumiputera untuk setiap program rasmi.

“Ini termasuk dalam pek bantuan untuk mangsa bencana alam seperti banjir kerana apa yang saya dapati, hampir kesemuanya barangan keluaran bukan bumiputera,” katanya.

Keadaan amat janggal itu ternyata mengecewakan diri beliau sendiri, padahal sebahagian besarnya daripada penerima berkenaan di lapangan pula ialah masyarakat bumiputera.

Senario tersebut jelasnya, bertentangan gerakan massa oleh umat Islam di Malaysia yang memulaukan produk syarikat ada kaitan kepentingan dengan Israel secara tidak langsung. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi?

Sekianlah artikel Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usah Malu Tiru Cara Yahudi Sokong Yahudi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/03/usah-malu-tiru-cara-yahudi-sokong-yahudi.html

Subscribe to receive free email updates: