RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang?

RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang?
link : RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang?

Baca juga


RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang?

 


Pada tahun 2016, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang, mengemukakan pindaan kepada RUU355 sebagai rang undang-undang ahli persendirian.

Pindaan tersebut bertujuan mengenakan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan syariah dengan meningkatkan had hukuman maksimum mahkamah syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000, dan 100 sebatan rotan.


Pada masa itu, had tersebut adalah hukuman penjara selama tiga tahun, denda RM5,000, dan enam sebatan rotan.

Pada ketika itu, dilaporkan bahawa PAS berharap untuk mengenakan kod jenayah Islam yang lebih ketat iaitu hudud, tetapi ia telah mendapat tentangan yang kuat dari orang ramai. RUU pindaan kemudian dikemukakan sebagai resolusi untuk memperkuatkan mahkamah syariah.

MENGENAI RUU 355

* RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau/dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut syariah, kecuali hukuman bunuh.

* Ketika dibentang dan diluluskan di Parlimen pada 1965, akta itu memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan maksimum denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

* Kemudian, akta itu melalui dua kali proses pindaan, masing-masing 1984 dan 1989.

* Pada 1984, ia dipinda bagi meningkatkan bidang kuasanya kepada denda tidak melebihi RM5,000 atau sebatan tidak melebihi enam kali atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau gabungan ketiga-tiganya.

* Pada 26 Mei 2016, cadangan pindaan akta itu diusulkan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati, namun ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.

* Pada 24 November tahun sama, Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan pindaan kepada usul pertama yang dibuat pada 26 Mei, dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali sebelum usul itu ditangguhkan.

* Ia disusuli pada 6 Mei 2017, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam oleh Abdul Hadi dan diperjelaskan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkannya ke persidangan berikutnya.

* Kemudian pada 19 Oktober 2022, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Datuk Idris Ahmad memaklumkan, RUU 355 sudah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022, namun tidak sempat dibentangkan susulan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober.


Akhirnya..

KUALA LUMPUR: Sesi libat urus mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata sesi libat urus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun berada di peringkat akhir.

"Setakat ini libat urus yang dilakukan telah berjalan dan semua negeri termasuk Majlis Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri telah dijemput menghadiri sesi libat urus tersebut.

"Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff bahawa libat urus itu di peringkat akhir, jadi laporan belum lagi disediakan dan mereka akan sediakan laporan libat urus itu kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, pagi semalam  Media sebelum ini melaporkan kertas cadangan rang undang-undang itu sudah berada di peringkat Jabatan Peguam Negara, namun tidak sempat dibentangkan berikutan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.

Lepas ni.. isu apa pula gaknya PAS nak tunggang?


Demikianlah Artikel RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang?

Sekianlah artikel RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355 Akan Dibentang, Lepas Ni Apa PAS Nak Tunggang? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/ruu-355-akan-dibentang-lepas-ni-apa-pas.html

Subscribe to receive free email updates: