The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’imlink :
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
Baca juga
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata ia berdasarkan laporan yang diterima olehnya.
Mohd Na'im yang turut menyaksikan sendiri penstriman langsung itu semalam menjelaskan sudah mengarahkan JAKIM dan JAWI untuk memantau ajaran berkenaan kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam.
Katanya, pihaknya turut memandang serius ajaran berkenaan kerana bimbang ia akan mempengaruhi generasi muda.
"Semalam mereka (menjalankan penstriman) di sosial media dan saya difahamkan mereka berada di luar negara dan ini berdasarkan laporan yang saya terima.
"Jika mereka bergerak atau membuat TikTok di dalam negara, mudah kita nak lakukan sesuatu.
"Jadinya kerjasama antara JAKIM, JAWI, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penguatkuasa di setiap negeri penting.
"Kita juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan maklumat kepada kita dari semasa ke semasa dan MCMC yang bertanggungjawab ke atas sosial media, kita yakin mampu untuk memberhentikan ajaran sesat seperti ini," katanya di sini, hari ini.
Mohd Na'im juga berharap mendapatkan kerjasama MCMC untuk memantau ajaran yang disebarkan melalui sosial media tersebut.
"Kita juga mahu ia dihentikan atau menurunkan TikTok berkenaan daripada dapat ditonton pengikutnya.
"Ini adalah tanggungjawab kita dan Insya-Allah dengan kerjasama yang mantap antara JAKIM, JAWI, MCMC dan PDRM, kita yakin mampu untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang bahayanya ajaran tersebut," katanya.
Jelas beliau, penting untuk kandungan itu diturunkan segera kerana tidak semua orang mempunyai ilmu agama dan bimbang mudah terpengaruh.
"Saya tengok mereka yang faham agama memang bagi komen negatif pada mereka (ketika penstriman), tetapi ada juga yang mungkin ilmu agamanya cetek.
"Mereka ini tidak tahu yang mana individu tersebut menyebut kalimah dalam bahasa Arab tertentu dan kita bimbang mereka menyanjung tinggi kerana merasakan itu orang agama.
"Ini yang kita tidak mahu kerana orang kita apabila mendengar istilah Arab akan mudah terpengaruh dan mengatakan mereka tok guru," katanya.
Malam tadi, ajaran sesat menggunakan nama Ahmadi - Agama Keamanan dan Cahaya, mendakwa Kaabah tidak lagi berada di Makkah, sebaliknya Petra dan kemunculan Imam Mahdi sebagai jelmaan semula imam ke-12 Syiah serta Nabi Muhammad SAW, dikesan menggunakan media sosial untuk menyebarkannya termasuk mengadakan penstriman langsung di TikTok.
Dalam siaran itu, tiga lelaki dikesan menggunakan nama Kasyfullah, Ahmad Khairul Hadi dan Maznan menyebarkan dakyah itu dengan mendakwa umat Islam ditipu oleh ulama bersekongkol dengan kerajaan sejak zaman Khulafa' ar-Rasyidin -
BH
Demikianlah Artikel The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
Sekianlah artikel The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/03/the-ahmadi-bertentangan-dengan-syariat.html