Projek LCS Akan Lewat Lagi?

Projek LCS Akan Lewat Lagi? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projek LCS Akan Lewat Lagi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projek LCS Akan Lewat Lagi?
link : Projek LCS Akan Lewat Lagi?

Baca juga


Projek LCS Akan Lewat Lagi?

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Khamis menyatakan rasa bimbang dengan kelewatan berterusan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, dalam pembentangan laporan tindakan susulan terhadap kemajuan projek LCS, jawatankuasa itu dimaklumkan bahawa setakat Disember 2023, projek itu telah lewat 86 hari dengan mencapai 67.28 peratus berbanding jadual garis masa baharu yang telah ditetapkan Kementerian Pertahanan (Mindef) iaitu 68.77 peratus.


"Kebimbangan utama PAC adalah pembinaan kapal LCS terus lewat, tambahan lagi isu reka bentuk terperinci bagi kapal-kapal itu juga masih gagal dimuktamadkan MINDEF dengan syarikat Perancis yang mereka bentuk LCS iaitu Naval Group,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan tindakan susulan yang diambil Mindef terhadap 11 syor yang dibuat PAC terhadap kemajuan projek LCS bagi tempoh Oktober 2022 hingga September 2023 yang dibentangkan pada Khamis.

Katanya, kontraktor bagi projek berkenaan, Boustead Naval Shipyard (BNS) ditukar nama kepada Lumut Naval Shipyard (LUNAS) setelah ia diambil alih oleh Ocean Sunshine Bhd milik Menteri Kewangan Diperbadankan pada 18 Ogos, tahun lepas.

"Orang ramai boleh membaca setiap tindakan susulan dan ulasan PAC dengan melayari laman web PAC di alamat www.parlimen.gov.my/pac,” katanya.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, PAC telah memulakan prosiding berhubung pelaksanaan Projek Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) pada 26 Februari lepas.

Beliau berkata, tiga saksi dipanggil pada prosiding iaitu Timbalan Ketua Setiusaha (TKSU) (Dasar dan Pembangunan) KKR, Datuk Zahrul Hakim Abdullah, Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun dan Ketua Pasukan Petugas Khas MLLF LLM, Khairulanuar Muhari.

Katanya, PAC akan menyambung prosiding pelaksanaan projek MLFF dengan mengadakan tiga prosiding secara berasingan pada 25 Mac depan.


Saksi yang akan dipanggil piula ialah presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi; Pengarah Projek Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd Datuk, Seri Azmi Abdul Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEP Synergy Sdn Bhd, Zaharin Hamzah dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Shamsul Azri Abu Bakar.

MLFF adalah satu sistem kutipan tol tanpa perlu berhenti yang menggunakan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), selain sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) yang dirancang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol.

Secara prinsip, pelaksanaannya diluluskan pada 2021 oleh kerajaan terdahulu dengan peruntukan awal berjumlah RM3.46 bilion, namun 32 syarikat konsesi tol lebuh raya dilaporkan membantah projek itu kerana mendakwa kerajaan telah menganugerahkannya secara langsung kepada sebuah syarikat swasta, YTL Corporation Bhd, tanpa berunding dengan syarikat konsesi yang akan membiayai pelaksanaannya - SH


Demikianlah Artikel Projek LCS Akan Lewat Lagi?

Sekianlah artikel Projek LCS Akan Lewat Lagi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Projek LCS Akan Lewat Lagi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/03/projek-lcs-akan-lewat-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: