Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya?

Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya?
link : Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya?

Baca juga


Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya?

SAYA tidak nampak sebarang alasan mengapa Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus berbangga dengan Menara setinggi 118 tingkat.

Apa yang dikenal sebagai ‘Merdeka 118’ merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia (678.9 meter). Hanya Burj Khalifa di Dubai (setinggi 828 meter) yang mengalahkan ketinggiannya.

PNB yang ditubuhkan pada 17 Mac 1978 adalah instrumen utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menangani isu tidak seimbang ekonomi dalam masyarakat majmuk.

Apa yang lebih penting adalah untuk menggalakkan pemilikan modal saham oleh masyarakat bumiputera dalam sektor korporat Malaysia selaras dengan DEB.

Sewaktu PNB melancarkan unit pelaburannya yang pertama, skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981, tidak mudah bagi meyakinkan orang Melayu dan bumiputera untuk terbabit sama.

Menabung bukanlah kekuatan utama mereka. Tidak kurang pentingnya disebabkan hidup mereka yang susah dan banyak yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Pada masa itu saya salah seorang sidang pengarang majalah di Bahagian Penerbitan Am (BPA) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai oleh Mohd Noor Azam (Datuk).

Kami diarahkan untuk turut membantu menimbulkan kesedaran orang Melayu tentang perlunya melabur. Kami menggunakan semua majalah DBP yang relevan khususnya Dewan Masyarakat untuk tujuan itu.

Sambutan terhadap skim ASN pertama itu cukup memberangsangkan. Seperti juga simpanan Tabung Haji, pelabur ASN terdiri daripada rakyat biasa, yang memasukkan duit getah, kelapa, sagat (ubi kayu yang diparut untuk membuat kerepek), tangkapan ikan, duit memandu teksi dan lain-lain.

Budaya melabur secara sistematik dalam kalangan orang Melayu bermula dengan ASN.Menurut data rasmi PNB, syarikat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini menguruskan 16 dana unit amanah dengan RM273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun.

PNB pula merupakan syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM343.1 bilion (pada 30 November 2022).

Kita semua tahu portfolio PNB merangkumi pelaburan strategik dalam pelbagai syarikat terkemuka Malaysia selain ekuiti global, pelaburan persendirian, hartanah dan lain-lain.

Tetapi kejayaan PNB sebagai institusi pelaburan tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya dalam konteks kejayaan pelaburan bumiputera. Hasrat untuk melihat pelaburan bumiputera yang jauh lebih memuaskan masih belum tercapai.

Malah berdasarkan semakan Ahli Ekonomi dan Penganalisis, Dr Muhammad Abul Khalid, terdapat perbezaan yang ketara dalam pelaburan bumiputera itu sendiri.

Ambil sahaja contoh pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang popular dan kritikal itu. Beliau bangkitkan tentang 10 peratus pelabur ASB terkaya yang sebenarnya menguasai lebih 80 peratus unit amanah. Pada masa ini terdapat 10.6 juta pelabur ASB.

Tambahan pula sebanyak 76 peratus pelabur hanya mempunyai purata RM590 dalam akaun mereka. Dengan jumlah itu, mereka secara purata sekadar mendapat pulangan sebanyak RM30.09 berdasarkan dividen 5.1 peratus yang baru diumumkan.

Berdasarkan angka itu, sekiranya jumlah dividen yang dikeluarkan adalah RM8.9 bilion, maka secara purata setiap pelabur mendapat RM839.62 sen sahaja.

Sepatutnya PNB menumpukan lebih banyak usaha untuk menggalakkan pelaburan dan mengenal pasti pelaburan strategik di lebih banyak syarikat.

Lebih penting lagi untuk memberikan pulangan lebih tinggi bagi pelaburnya. Pulangan 5.1 peratus yang baru diumumkan itu adalah antara paling rendah dalam sejarahnya.

Saya bersetuju dengan Datuk Kadir Jasin yang telah membangkitkan hal ini dalam tulisannya, bahawa PNB tidak perlukan menara setinggi 118 tingkat yang berharga berbilion ringgit. (Khabarnya antara RM5 bilion hingga RM7 bilion).

Mengapakah pengurusan PNB begitu obses dengan mercu tanda seperti bangunan tertinggi hingga terlupa matlamat awal penubuhan PNB?

Mengapakah PNB harus mengorbankan kepentingan pulangan pelabur sebaliknya terbabit dalam persaingan untuk menunjukkan gah bangunan ibu pejabatnya?

Sepatutnya PNB beroperasi dari pejabat yang sedia ada atau kalau perlu membina pejabat yang seadanya. Bukan untuk memperagakan kepada dunia bahawa ia memiliki bangunan kedua tertinggi di dunia.

Perlu diingatkan duit siapa yang memulakan pelaburan awal PNB dan yang menjadikan PNB dalam kedudukan hari ini. Ingat juga matlamat asal penubuhan PNB. Cukup-cukuplah budaya bermegah di negara ini.

Oleh Tan Sri Johan Jaaffar, Tokoh Wartawan Negara. 
Kolumnis untuk akhbar New Straits Times, Berita Minggu dan The Star


Demikianlah Artikel Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya?

Sekianlah artikel Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan 'Menara 118' Itu Agaknya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/apa-yang-nak-dibanggakan-dengan-menara.html

Subscribe to receive free email updates: