Hospital Kerajaan Masih Guna Windows 2000? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hospital Kerajaan Masih Guna Windows 2000?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Hospital Kerajaan Masih Guna Windows 2000?link :
Hospital Kerajaan Masih Guna Windows 2000?
Baca juga
Hospital Kerajaan Masih Guna Windows 2000?
Doktor di hospital kerajaan bukan sahaja berdepan dengan tekanan daripada kekurangan kakitangan dan beban kerja yang semakin berat, akan tetapi mereka juga terpaksa menggunakan sistem komputer yang lapuk dan ketinggalan zaman.
Difahamkan, ada komputer di hospital masih menggunakan sistem operasi Windows 2000 yang mana ia sering mengalami kelewatan ataupun “lagging”.
Sistem operasi itu diperkenalkan pada 2000, iaitu 23 tahun lepas.
Seorang doktor di selatan tanah air berkata, spesifikasi perisian yang digunakan sangat rendah dan sistem operasinya juga sudah tamat lesen.
"Sepatutnya, jika seorang doktor bertemu pesakit, tidak perlu lagi kami bertanya mengenai keadaannya.
"Kami hanya perlu akses rekod kesihatan mereka di komputer.
"Malangnya, akses itu sangat lembab, tempoh 'loading' maklumat sangat lama. Jadi lebih baik kami bertanya sendiri kepada pesakit," katanya kepada Media yang enggan namanya didedahkan.
Katanya, akses kepada data-data dalaman juga mengalami “lagging”.
Menurut doktor itu, beban kerja akan menjadi lebih ringan jika masalah ini boleh diselesaikan.
Setiap hospital mempunyai perisian berbeza dan data tidak bersambung antara satu hospital dengan yang lain.
Sebelum ini, Media pernah melaporkan gesaan agar pihak berkuasa berusaha mewujudkan sistem rekod perubatan dalam talian.
Sebagai usaha pendigitalan sistem kesihatan, kerajaan baru-baru ini berkata akan memperkenalkan rekod kesihatan elektronik.
Seorang doktor di utara tanah air pula berkata, dia perlu menggunakan komputer lama bersaiz besar dengan paparan monitor yang sudah kelam.
"Komputer dengan perisian yang lebih baru digunakan di bahagian yang sibuk, atau di hospital di bandar-bandar.
"Bagi hospital di daerah, ada antara kami terpaksa menggunakan perkakas yang sudah lapuk ini," katanya.
Oleh kerana itu, dia lebih gemar menggunakan iPad miliknya namun sesetengah sistem tidak boleh digunakan pada peranti itu.
Kakitangan yang sudah berusia dengan penglihatan terhad turut berdepan masalah dengan komputer lama.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah mengakui ia perlu diperbaharui.
"Sistem perlu dinaik taraf dan penggantian," katanya lapor
MalaysiaNow
Demikianlah Artikel Hospital Kerajaan Masih Guna Windows 2000?
Sekianlah artikel Hospital Kerajaan Masih Guna Windows 2000? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hospital Kerajaan Masih Guna Windows 2000? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/hospital-kerajaan-masih-guna-windows.html