Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia?

Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia?
link : Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia?

Baca juga


Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia?

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, menjelaskan bagaimana beliau memperoleh angkanya apabila menyimpulkan penyenaraian Petronas di Bursa Malaysia akan meraih pendapatan tambahan RM60 bilion setahun.

Menurutnya, beliau mencadangkan tawaran 20% kepentingan kepada orang ramai, sambil menambah ini boleh meraih RM300 bilion, yang boleh digunakan untuk mengurangkan hutang negara.

Jika RM300 bilion diperoleh daripada tawaran awam permulaan (IPO) untuk Petronas, katanya, RM240 bilion, atau 80% daripada hasil, boleh disalur ke Putrajaya untuk mengurus hutang negara.

Baki RM60 bilion boleh digunakan untuk pengembangan perniagaan, kata Wong Chen, yang mengetuai biro dasar PKR.

“Ideanya adalah untuk menyalurkan RM60 bilion ke dalam tenaga alternatif, yang mana banyak syarikat minyak berusaha ke arah itu disebabkan perubahan iklim.

“Pelaburan RM60 bilion itu (dengan pulangan 10% yang munasabah ke atas sasaran pelaburan) sepatutnya menjana pendapatan tambahan RM60 bilion untuk Petronas, selepas IPO,” katanya.

Beliau berkata, realitinya ialah Malaysia mempunyai masalah hutang dan cadangannya untuk IPO adalah penyelesaian berpotensi yang wajar diterokai.

Wong Chen juga berkata, cadangannya bukan serangan terhadap perakaunan atau tadbir urus Petronas, tetapi berita terbaru melibatkan vendor dan kontraktornya dalam industri, termasuk Serba Dinamik, tidak “memupuk keyakinan bahawa semuanya baik-baik saja”.

“Pertuduhan terbaharu terhadap seorang eksekutif Petronas kerana didakwa menerima rasuah RM6.1 juta untuk pemberian kontrak adalah contoh terdapat ruang jelas untuk menambah baik tadbir urus korporat.

Beliau mencadangkan bahawa pemegang saham minoriti boleh menuntut ketelusan lebih tinggi berhubung kontrak pasca-IPO, dan ini akan merangsang penambahbaikan keseluruhan tadbir urus korporat.

“Saya sukacita dan bersedia untuk berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Taufik Aziz, atau mana-mana pihak berkaitan dalam perkara yang sama,” katanya.

Menurut Bernama, Tengku Taufik mempersoalkan bagaimana Wong Chen menyimpulkan bahawa IPO untuk Petronas akan memperoleh pendapatan tambahan RM60 bilion setiap tahun, bagi syarikat minyak dan gas itu - FMT


Demikianlah Artikel Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia?

Sekianlah artikel Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Petronas Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/kenapa-petronas-nak-disenaraikan-di.html

Subscribe to receive free email updates: