DUN Melaka Bubar!! Katak-katak Gigit Jari.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DUN Melaka Bubar!! Katak-katak Gigit Jari.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
DUN Melaka Bubar!! Katak-katak Gigit Jari..link :
DUN Melaka Bubar!! Katak-katak Gigit Jari..
Baca juga
DUN Melaka Bubar!! Katak-katak Gigit Jari..
Akhirnya kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri diterima Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.
Ab Rauf juga mengumumkan DUN Melaka dibubarkan hari ini.
Kata Ab Rauf nasihat agar diadakan DUN Melaka dibubarkan itu dibuat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kepada Mohd Ali dan dipersetujui hari ini.
Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Melaka dilanda kemelut politik selepas empat Adun kerajaan diketuai bekas ketua Menteri, Idris Haron, mengumumkan pendirian mereka untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan BN-PN.
Idris merupakan Adun Sungai Udang.
"Proklamasi pembubaran DUN Melaka diwartakan hari ini, 5 Okt 2021," kata Ab Rauf pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memberi jaminan sekiranya berlaku pilihan raya di Melaka, prosedur operasi standard yang ketat akan dilaksanakan.
Ketetapan itu katanya dibuat bagi mengelakkan berulangnya penularan wabak Covid-19 seperti yang pernah berlaku ketika pilihan raya negeri Sabah diadakan pada tahun lalu.
Untuk rekod sehingga malam tadi, 88.2 peratus populasi orang dewasa di Melaka sudah divaksinasi sepenuhnya.
Ditanya mengenai pelaksanaan pilihan raya negeri ketika Covid-19 masih menjadi ancaman, Ab Rauf berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mencadangkan kaedah yang rasakan sesuai.
"Terpulang kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat keputusan lanjut," katanya.
Dia juga memaklumkan, dengan pembubaran DUN Melaka hari ini, negeri itu ditadbir oleh kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya negeri selesai dijalankan ~ MalaysiaKini
Demikianlah Artikel DUN Melaka Bubar!! Katak-katak Gigit Jari..
Sekianlah artikel DUN Melaka Bubar!! Katak-katak Gigit Jari.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DUN Melaka Bubar!! Katak-katak Gigit Jari.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/dun-melaka-bubar-katak-katak-gigit-jari.html