Judul : LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB
link : LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB
LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB
shahbudindotcom
Selepas isu BMF dilihat tidak bermanfaat dan seolah-olah menikam diri sendiri, pasukan media dan laskar maya Najib Razak cuba pula menimbulkan kembali isu kerugian AS$10 bilion dalam urusniaga forex oleh Bank Negara ketika era Tun Mahathir Mohamad dahulu.
Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang sudah lama tenggelam dan dilupakan, akhirnya dibawa kembali untuk ditemubual oleh media arus perdana untuk bercakap mengenai kerugian tersebut.
Beliau malah meminta suatu penyiasatan mengenai kerugian itu dibuka semula dan sedia membantu jika dipanggil memberi keterangan.
Jika kita masih ingat, Abdul Murad inilah juga yang sebelum ini pernah mendakwa Anwar Ibrahim mengawal dana berjumlah RM3 bilion untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan rapatnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
Bagaimanapun, tiada apa-apa yang dapat dibuktikan mengenai dakwan tersebut, sebaliknya pada tahun 2000, Abdul Murad yang dihukum denda RM500 ribu atau penjara enam bulan setelah mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengisytiharkan saham dan 51 hartanah bernilai RM24 juta.
Tujuan menimbulkan kembali isu-isu lama ini tidak lain ialah untuk menyerang dan melemahkan Tun Mahathir kerana semuanya berlaku ketika era kepimpinannya?
Apakah bermanfaat bagi pasukan media Najib menimbulkan kembali isu-isu lama itu dan selepas ini berapa banyak lagi kes lama akan terus diungkit?
Memang benar isu BMF dan kerugian urusniaga forex berlaku ketika era kepimpinan Tun Mahathir, tetapi harus diingat bahawa ketika itu beliau tidak menjadi Menteri Kewangan. Bahkan dalam semua yang berlaku itu tiada dakwaan kemasukan beribu-ribu juta wang ke dalam akaun peribadinya.
Ia lebih merupakan urusniaga yang rugi, bukan berlakunya sebarang kejadian curi. Malah dalam kes BMF, beberapa tindakan telah pun diambil, termasuk kertas putih dan hukuman penjara terhadap mereka yang terlibat, manakala dalam urusniaga forex pula, ia segera dihentikan selepas kerugian besar disedari.
Sudah tentu ia berbeza dengan 1MDB. Bukan saja Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi juga menjadi Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat dalam waktu yang sama. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pula, tandatangan Najib diwajibkan bagi sebarang urusniaga pelaburan dan komitmen kewangan sebagaimana yang tertulis dalam Artikel 117 M & A syarikat pelaburan tersebut.
Tiada sesiapa dihukum berkaitan 1MDB di dalam negara, meskipun di di luar negara banyak tindakan sudah cukup memalukan kita, bahkan Laporan Audit tidak boleh dibaca oleh sesiapa kerana diletakkan di bawah OSA.
Di dalam akaun peribadi Najib pula diakui ada wang RM2,600 juta yang sehingga ini jika kita imbas kembali, semua jawapannya berbeza-beza dan tidak pernah sama.
Oleh itu, jika pasukan media Najib merasakan dengan menimbulkan isu-isu lama itu mampu melemahkan Tun Mahathir dan memesongkan kepercayaan rakyat untuk menyokongnya, ia adalah suatu kesilapan besar.
Semakin banyak isu-isu lama dibangkitkan, ia hanya menyebabkan ingatan orangramai terhadap skandal 1MDB semakin kuat melekat di fikiran mereka.
Kenyataan Najib yang cuba berlagak suci dengan memandang serius berhubung kerugian urusniaga forex itu, sambil mahu meminta laporan daripada Bank Negara mengenainya, di merata-rata tempat hanya menjadi bahan ketawa ramai saja.
Rata-rata menempelak kembali, jika Najib ingin memandang serius terhadap apa yang berlaku dalam negara, skandal 1MDB jauh lebih mustahak dan perlu diselesaikan dengan segera.
Lagi pun, ketika berlakunya isu kerugian urusniaga forex itu dan Najib berada dalam kabinet, tetapi apa yang dilakukannya?
Pernahkah beliau bersuara, memberi pandangan dan menegur apa-apa?
Secara umumnya, Najib mesti sedar kelemahan dan kerosakan yang diakibatkan oleh dirinya sudah terlalu parah dan mustahil untuk dipulihkan kembali.
Jika pun beliau mampu menutupnya ketika berkuasa sekarang, ia akan lebih membusuk bila kuasa tiada lagi dalam genggamannya nanti.
Kiranya BN dapat ditewaskan, kerajaan baru pasti akan menyelongkar skandal 1MDB itu secara habis-habisan, manakala pengganti Najib daripada UMNO pula tidak mustahil akan menjadikannya sebagai senjata untuk menunjukkan ketelusan dan bertujuan mengembalikan sokongan. Akhirnya, Najib tetap menjadi mangsa atau dimangsakan.
Demikianlah Artikel LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB
Sekianlah artikel LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/lagi-diungkit-kes2-lama-era-tun.html