Judul : Ini punca ramai wanita hisap dadah ice, syabu
link : Ini punca ramai wanita hisap dadah ice, syabu
Ini punca ramai wanita hisap dadah ice, syabu
Jumlah penagih dadah dikalangan golongan wanita semakin meningkat berpunca daripada pengambilan dadah jenis syabu dan ice yang digunakan bertujuan untuk menguruskan badan.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Anak Kujat berdasarkan statistik yang dikeluarkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tahun 2011 mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 1013 penagih dadah wanita berbanding tahun ini iaitu sebanyak 741 penagih dadah.
“Kebanyakan penagih terjebak dalam dadah adalah kerana pengaruh rakan, perasaan ingin tahu dan mencari keseronokan di kelab malam.
“Ramai wanita yang terjebak terjebak dengan syabu dan ais sebab nak kuruskan badan,” katanya beliau semasa menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad di Dewan Rakyat, Rabu.
Ice atau syabu ini secara dasarnya boleh mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak dan lebih berbahaya sebagai perangsang kepada sistem saraf.
Ia juga merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.
Mengulas lanjut, Masir turut menjelaskan yang kerajaan telah merancang beberapa langkah pada peringkat awal supaya tidak terjebak dengan kes dadah.
Antaranya, kerajaan sudah melancarkan program ‘Sayang Hidup Elak Derita’ di peringkat menengah, program tingkatkan kesadaran diri, didik belia Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan gaya hidup sihat serta membantu orang lain dan banyak lagi.
Demikianlah Artikel Ini punca ramai wanita hisap dadah ice, syabu
Sekianlah artikel Ini punca ramai wanita hisap dadah ice, syabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ini punca ramai wanita hisap dadah ice, syabu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/ini-punca-ramai-wanita-hisap-dadah-ice.html