Judul : Malaysia, China pertingkat diplomasi melalui program marin Laut China Selatan
link : Malaysia, China pertingkat diplomasi melalui program marin Laut China Selatan
Malaysia, China pertingkat diplomasi melalui program marin Laut China Selatan
Timbalan menteri berkata projek penyelidikan bersama memberi manfaat kepada Malaysia, China dan negara Asia Tenggara lain.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan China meningkatkan “diplomasi lembut” menerusi jalinan kerjasama penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi marin di kawasan Laut China Selatan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata pelbagai projek penyelidikan bersama yang dilaksanakan kedua-dua negara setakat ini, telah mencapai kejayaan dan memberi manfaat bukan sahaja kepada Malaysia dan China malah negara lain di Asia Tenggara.
“Kerjasama penyelidikan saintifik marin yang dilaksanakan tahun ini, sama seperti pada tahun-tahun sebelumnya, antara saintis Malaysia, China dan negara lain Asia Tenggara, terus mengenal pasti punca utama pelbagai kebimbangan yang wujud berkaitan sains serta berusaha ke arah meringankan beban yang dipikul masyarakat melalui kemajuan saintifik.
“Melalui kerjasama ini, saintis Malaysia mencatat antara jumlah tertinggi dari segi projek penyelidikan bersama. Usaha ini ditingkatkan bukan sahaja untuk memahami proses penting yang melibatkan lautan, tetapi juga diplomasi lembut dalam membina keyakinan dan tata laku baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kerjasama Marin China-Negara Asia Tenggara Kelima hari ini.
Beliau berkata sebahagian besar aktiviti penyelidikan itu dilaksanakan di perairan Malaysia dan bagi kes yang melibatkan kajian atmosfera laut lepas, para penyelidik Malaysia dan China perlu mematuhi undang-undang dan peraturan Malaysia.
Forum Kerjasama China-Asia Tenggara itu dihoskan Pentadbiran Kelautan Negara China dengan sokongan kementerian berkenaan serta dianjurkan bersama oleh Universiti Malaya dan First Institute of Oceanography, China.
Lebih 100 anggota perwakilan daripada pihak berkuasa kawal selia marin China, Kemboja, Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei serta pakar daripada institusi saintifik marin menghadiri forum 2 hari itu.
Demikianlah Artikel Malaysia, China pertingkat diplomasi melalui program marin Laut China Selatan
Sekianlah artikel Malaysia, China pertingkat diplomasi melalui program marin Laut China Selatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia, China pertingkat diplomasi melalui program marin Laut China Selatan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/malaysia-china-pertingkat-diplomasi.html