Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontliner - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontliner, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontlinerlink :
Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontliner
Baca juga
Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontliner
SISTEM penjagaan kesihatan Malaysia sekali lagi hampir mencapai tahap kritikal dan pekerja kesihatan barisan hadapan bekerja keras sehingga kepenatan, kata doktor, menyamakan keadaan mereka dengan pekerja migran.
Kali terakhir sistem penjagaan kesihatan mencapai tahap kritikal pada Januari ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan. Kali ini, kata mereka keadaannya lebih teruk kerana jumlah pesakit Covid-19 jauh lebih tinggi.
Beberapa doktor dari hospital di Lembah Klang memberitahu, orang ramai dan kerajaan tidak belajar daripada kesilapan lalu.
Bercakap dengan syarat nama tidak didedahkan, kata mereka ventilator tidak cukup untuk pesakit dan kadang-kala alat pelindung diri (PPE) untuk kakitangan perubatan juga tidak cukup.
Mereka memilih untuk bersuara setelah tularnya memo daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kepada pengarah kesihatan negeri baru-baru ini.
Noor Hisham mengarahkan hospital di seluruh negara bersiap siaga bagi menghadapi peningkatan mendadak kes Covid-19 dengan simptom serius.
Beliau turut memerik statistik membimbangkan mengenai kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU), yang meningkat 44% dalam jangka masa dua minggu.
Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak merupakan negeri dengan peningkatan drastik pesakit memerlukan rawatan kritikal.
Kadar katil ICU telah melebihi 70% di 22 hospital awam dan ada sehingga 90%.
Doktor juga memberitahu keadaan sekarang mempengaruhi kesihatan diri mereka.
“Kami tidak cukup tidur dan ia tidak elok bagi kesihatan kami, tetapi sebagai doktor, tiada siapa yang peduli. Risiko jantung meningkat apabila anda kurang tidur tetapi kami terus bekerja kerana peningkatan jumlah kes,” kata seorang doktor yang hanya ingin dikenali sebagai Arif.
Katanya, doktor bekerja lebih daripada 12 jam dan ada kalanya beliau berbuka puasa pada pukul 10 malam, bukannya 7.20 malam kerana tidak boleh meninggalkan pesakit nazak.
“Kami juga sangat kecewa dengan situasi Covid-19. Bagi menguruskan pesakit Covid-19, doktor dari jabatan lain seperti dermatologi, pembedahan atau ortopedik digerakkan,” kata Arif.
“Bayangkan tidak dapat melakukan kerja dalam bidang kepakaran anda selama lebih setahun, untuk bekerja di wad Covid-19.”
Katanya pekerja kesihatan mendapat cuti sekitar enam hari sebulan walaupun selepas bekerja dalam tempoh yang panjang.
Seorang doktor lain, yang hanya mahu dikenali sebagai Sathya berkata kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih 36 jam berturut-turut.
Beliau menyalahkan keadaan sekarang ini kepada sikap sambil lewa orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
“Walaupun PKP, mereka masih ingin berjalan dan beri pelbagai alasan.
“Mereka tidak sedar, hanya satu jangkitan ketika perjalanan akan menyebabkan sesiapa yang dekat dengan mereka, merana. Ini kesan domino.
“Pada pendapat peribadi saya, kerajaan sedang bergelut untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tetapi rakyat tidak memberi respons dengan cara sepatutnya,” kata Sathya.
Katanya keadaan sekarang kembali seperti asal tetapi kali ini di lebih besar.
Sathya berkata sebahagian besar masa, doktor tertidur di kaunter kerana tidak mahu terlepas jika apa-apa terjadi pada pesakit.
Semalam 11hb Mei, Kementerian Kesihatan melaporkan 434 kemasukan ke ICU dalam 24 jam terakhir dan daripada jumlah ini, 224 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Negara juga mencatatkan 3,807 kes dengan 17 kematian.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan PKP untuk seluruh negara dari 12 Mei hingga 7 Jun ~ TheMalaysianInsight
Demikianlah Artikel Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontliner
Sekianlah artikel Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontliner kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tolong! Kami Dah Penat, Rayu Doktor Frontliner dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/tolong-kami-dah-penat-rayu-doktor.html