Perikatan 3.0: Gabungan Baru UMNO? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perikatan 3.0: Gabungan Baru UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Perikatan 3.0: Gabungan Baru UMNO?link :
Perikatan 3.0: Gabungan Baru UMNO?
Baca juga
Perikatan 3.0: Gabungan Baru UMNO?
PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan mengenai pembentukan jajaran atau gabungan politik baharu yang dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau juga memberi bayangan bahawa ada usaha ke arah itu yang melibatkan gabungan bersama PKR dan DAP selepas mempertimbangkan kesesuaian dinamik politik negara yang sentiasa berubah atau mengikut perubahan semasa.
“Kedinamikan politik pasti berlaku. Saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu, sama ada ia akan diadakan dalam waktu terdekat, atau dalam tempoh yang hanya Allah sahaja tahu kerana kalau mengikut cukup tempoh, pilihan raya adalah pada 2023.
“Pada ketika itu, saya hampir pasti bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada UMNO, sebagai sebuah parti induk orang Melayu dan Islam, di mana ketika itu akan ada Perikatan 3.0 bukan Perikatan Nasional,” katanya semasa wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan anjuran UMNO Online semalam.
Spekulasi kerjasama UMNO, DAP dan PKR muncul Januari lalu susulan dakwaan bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mengenai percubaan dan rundingan antara parti itu dalam apa yang diistilahkan sebagai pembentukan jajaran baharu politik.
Soal kerjasama UMNO dan DAP juga turut timbul ketika krisis pertukaran Menteri Besar Perak, apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyatakan kesediaan bekerjasama dengan UMNO dalam pembentukan kerajaan Perak sebagai bukti mereka bukan anti-Melayu dan anti-Islam.
Bagaimanapun, UMNO dikatakan tetap dengan pendirian yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) iaitu menolak kerjasama dengan PKR atau DAP malah Ahmad Zahid sendiri menafikan adanya kerjasama tersebut menjelang pilihan raya akan datang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kenyataan Ahmad Zahid tidak mencerminkan keputusan rasmi parti sebaliknya hanya pandangan peribadi.
“Kita minta akar umbi UMNO untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk bekerjasama dengan parti selain daripada UMNO,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Ahmad Zahid boleh disalah tafsir kerana beliau sekadar membayangkan bentuk kerjasama baharu itu, selain ia berlawanan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini.
“Macam beliau cakap sebelum ini iaitu No Anwar, No DAP. Tetapi, bagi DAP, kami rela bekerjasama dengan semua parti demi negara, rakyat dan juga memerangi wabak Covid-19. Untuk isu-isu negara, mendesak untuk membuka semula Parlimen juga DAP sedia bekerjasama dengan UMNO. Setakat itu sahaja,” katanya ~ Utusan
Demikianlah Artikel Perikatan 3.0: Gabungan Baru UMNO?
Sekianlah artikel Perikatan 3.0: Gabungan Baru UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perikatan 3.0: Gabungan Baru UMNO? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/perikatan-30-gabungan-baru-umno.html