Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM?

Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM?
link : Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM?

Baca juga


Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM?


Angkatan Tentera Malaysia kini sedang berusaha meredakan kebimbangan disuarakan Singapura berhubung sebuah video memaparkan pasukan tentera Malaysia mengambil bahagian dalam pelbagai latihan ketenteraan pada hari yang sama republik itu menyambut Hari Kebangsaan pada 21 Ogos.

Video tersebut tular selepas Menteri Undang-undang dan Dalam Negeri Singapura K Shanmugam memuat naik di akaun Facebook pada Ahad.

Klip video memaparkan montaj tentera dan seorang pegawai yang memberi taklimat kepada anggota pasukan mengenai operasi bernama Para Predator.

“Sekiranya kita berjaya menguasai kedua-dua lokasi bertentangan ini, tiada yang akan dapat menghentikan Pasukan Gabungan Bersenjata Ketiga untuk menembusi kawasan terpenting musuh,” kata pegawai itu.

“Kita akan menghadapi musuh yang kuat dan keras kepala. Kepantasan sangat mustahak. Bertindaklah secara berani! Berjuang hingga ke titisan darah terakhir! Apa pun jadi, kita rebut, kita kuasai kawasan seberang. Ini adalah adalah misi berani mati!”

Shanmugam dalam hantarannya mempersoalkan penerbitan video tersebut, mengatakan ia dimuat naik “semasa Hari Kebangsaan kita sedang berlangsung”.

“Ini mengenai latihan pasukan payung terjun Tentera Darat Malaysia, untuk menguasai dua kawasan berseberangan.”

Beliau juga turut berkata komandan dalam video tersebut berbahasa Inggeris disertai sari kata dalam bahasa Inggeris.

“Video itu tidak banyak paparkan teknologi, platform atau taktik. Sebaliknya tumpuan diberikan pada apa yang dikatakan komandan mengenai apa yang akan dilakukan tentera Malaysia kepada musuh,” katanya.

Namun sumber dalaman angkatan bersenjata negara berkata waktu tayangan video itu diterbitkan pada hari sama Singapura menyambut kemerdekaannya adalah kebetulan.

“Ia tidak lebih daripada sekadar latihan yang dirumuskan untuk menguji kemampuan unit pasukan payung terjun tentera darat,” tambahnya.

“Ia hanya latihan ketenteraan biasa saja sebenarnya.”

Sumber itu mengatakan video tersebut disiarkan untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia mengenai rutin pasukan tentera.

“Kami mempunyai tiga objektif untuk latihan ini,” katanya.

“Pertama, untuk menilai kecekapan tentera darat. Kedua, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai latihan ketenteraan, dan ketiga, semepena bulan kemerdekaan.

“Kami juga menerbitkan video itu kerana kami fikir sudah tiba masanya untuk pasukan tentera berkongsi mengenai latihan ketenteraan kita sempena bulan kemerdekaan.”

Berhubung kenyataan Bahasa Inggeris yang digunakan pegawai dalam video tersebut, sumber itu mengatakan angkatan bersenjata kerap mengadakan latihan ketenteraan dengan negara lain.

“Latihan tidak hanya melibatkan pasukan tentera Malaysia,” katanya lapor MalaysiaNow

Video tersebut sila lihat di SINI 



Demikianlah Artikel Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM?

Sekianlah artikel Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Singapura 'Goyang' Lihat Ops Para Predator ATM? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/singapura-goyang-lihat-ops-para.html

Subscribe to receive free email updates: