Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis

Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis
link : Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis

Baca juga


Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis

PETALING JAYA: Desakan beberapa pihak supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada jawatan Ketua Pembangkang boleh menjadi faktor kejatuhan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), selain membuktikan mereka rakus untuk merebut kuasa.

Penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali berkata, adalah tidak relevan menggesa Anwar berundur hanya kerana beliau tidak mendapat surat akuan (SD) yang cukup baru-baru ini.

“Walaupun Anwar gagal beberapa kali tetapi PH perlu dipimpin oleh seseorang yang diterima oleh semua kaum.

“Tidak ada pemimpin pembangkang yang menonjol seperti mana Anwar untuk setakat ini dan itu juga kita boleh lihat dalam mesyuarat khas Parlimen yang lalu. Mereka yang minta Anwar untuk berundur juga tidak memberi calon alternatif.

“Pembentukan blok pembangkang juga berkembang dengan adanya Anwar sebagai ketua umum kerana jika kita lihat bermula daripada PRU pada tahun 2008, blok pembangkang bertambah sehingga kerajaan tidak lagi mendapat sokongan dua per tiga” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Isu jawatan ketua pembangkang itu timbul selepas ahli Parlimen Port Dickson itu gagal mendapatkan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat selepas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya baru-baru ini.

PH hanya memperoleh 105 akuan manakala ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mendapatkan 114 SD, sekaligus dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dengan nada sama, pemerhati politik, Arif Anwar Lukmanol Hakim berkata, gesaan untuk Anwar melepaskan jawatan ketua pembangkang akan memberi impak negatif kepada PH terutama apabila PRU-15 dijangka akan berlaku sekitar tahun depan.

“PRU-15 sudah tidak lama dan jika PH menunjukkan ketidakstabilan maka nanti orang ramai akan mula hilang kepercayaan kepada pakatan itu.

“Anwar masih relevan untuk memimpin PH dan penolakan Anwar hanya kerana tidak dapat mengumpul majoriti baru-baru ini adalah tidak baik dan sebaiknya PH memberi fokus kepada PRU-15,” katanya. - UTUSAN



Demikianlah Artikel Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis

Sekianlah artikel Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Masih Relevan Untuk Memimpin PH - Penganalisis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/anwar-masih-relevan-untuk-memimpin-ph.html

Subscribe to receive free email updates: