Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg

Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg
link : Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg

Baca juga


Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg

PETALING JAYA: Cadangan harga RM3.50 bagi sekilogram beras putih tempatan atau RM35 seki­logram munasabah dan memberi situasi menang-menang kepada pengilang dan pesawah untuk tempoh jangka panjang.

Exco Tugas-tugas Khas Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, harga RM35 bagi beras tempatan adalah rasional walaupun buat pengguna agak membebankan.


“Kadar yang sepatutnya adalah RM35 untuk 10kg (1kg RM3.50) dan ia ideal. Ia beri situasi menang-menang kepada semua iaitu petani dan pengilang tetapi mungkin dari sudut pengguna agak membebankan.

“Mahu atau tidak, rakyat perlu faham bahawa kenaikan itu untuk mengimbangi harga padi dan benih padi yang dilihat ketika ini tidak seimbang dari segi harganya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata, harga beras putih baharu perlu ditetapkan pada kadar munasabah supaya tidak membebankan pengguna dan memberi keadilan kepada pesawah.

Menurut beliau, kadar munasabah boleh ditetapkan berdasarkan harga pasaran antara beras import dan tempatan.Mengulas lanjut Abdul Ra­shid berkata, sebenarnya harga dicadangkan itu tidak membebankan kerana bagi tempoh jangka panjang untuk mengelak kenaikan harga setiap tahun.

HARGA

“Harga RM35 adalah harga yang relevan dan tidak membebankan kerana harga beras tempatan sudah tiba masanya dinaikkan. Kita letak untuk harga jangka masa panjang. Adakah kita ingin naikkan harga beras setiap tahun?

“Harga bekalan RM2.60 sekarang ini susah untuk mendapatkan bekalan. Hanya ada tempat-tempat tertentu, itu pun dalam kuantiti yang rendah,” katanya.


Selain itu, katanya, julat harga jualan beras tempatan dan beras import tidak boleh terlalu jauh kerana dibimbangi berlakunya penipuan atau manipulasi beras.

“Penipuan itu sudah berlaku, jadi adakah kita masih mahu menghalalkan penipuan ini? Kawalan harga ada pada beras tempatan tetapi tiada pada beras import.

“Kerajaan perlu pastikan penguatkuasaan polisi berjalan baik supaya tidak berlaku julat harga sangat jauh. Jadi untuk mengharmonikan keduanya, perlu menaikkan harga beras tempatan kepada RM35 dan RM42 bagi beras import,” katanya.

Jelasnya, perkara itu penting kerana terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan harga meskipun harga makanan lain meningkatkan disebabkan peredaran masa dan kos yang tinggi.

Namun, katanya, sekiranya kerajaan tidak menaikkan harga beras maka kerajaan perlu mengeluarkan duit memberi subsidi.


Mengulas mengenai menarik orang muda menjadi petani, beliau berkata, ia tiada tarikan disebabkan dilihat sebagai pekerjaan tidak menguntungkan.

“Rata-rata ramai petani berusia disebabkan kerja hakiki tetapi ada juga orang muda cuma tarikan yang dinamik perlu dilakukan. Jika pekerjaan pesawah ini tidak menguntungkan, sudah pasti tiada tarikan untuk golongan muda,” katanya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg

Sekianlah artikel Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Beras Dicadangkan RM35 Bagi 10Kg dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/harga-beras-dicadangkan-rm35-bagi-10kg.html

Subscribe to receive free email updates: