Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman

Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman
link : Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman

Baca juga


Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Terbukti Amanah parti paling lemah dan tidak dipandang dalam Pakatan Harapan (PH) apabila hanya mendapat 27 kerusi Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata AJK PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali.
 
Justeru Khairuddin berkata beliau yakin PH sengaja menghantar Amanah untuk memecahkan undi PAS sekali gus memenangkan seteru politik tradisinya, Umno Barisan Nasional (BN).  
 
"Memang PAN (Amanah) digunakan untuk mengalahkan PAS melawan Umno.
 
"Semua orang tahu PAS akan lawan Umno disemua kerusi-kerusi tradisi sekurang-kurang 80 kerusi Melayu. PAN (Amanah) hanya digunakan untuk Umno menang," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Khairuddin bertegas PAS sendiri melalui jalan sukar untuk berdepan dengan Umno BN pada setiap kali PRU, justeru PH sepatutnya sedar serta akur bahawa Amanah tidak akan mampu mengalahkan Umno BN sebagaimana yang diharapkan.
 
Malah, Khairuddin menjangkakan Amanah akan tewas di kesemua 27 kerusi yang PH peruntukkan  pada parti itu.
 
"Ya saya rasa itu, (PH kalah 27 kerusi tersebut) kerana mereka rasa itu kekuatan yang ada pada PAS, kalau PAS yang begitu lama pun tak mudah nak kalahkan Umno apatah lagi PAN (Amanah) yang baru tubuh. 
 
"Jadi biarkan PAS lawan Umno, PAN tak payah bertandinglah 27 kerusi tu duduk rehat sajalah, tolong parti lain untuk menang," katanya kepada Antarapos.
 
Ujar beliau lagi, Amanah kini tidak lagi boleh mendabik dada terutama dengan PAS, selepas mendapat bilangan kerusi Parlimen tercorot dalam PH.
 
"Sekarang ni menunjukkan betapa lemahnya PAN (Amanah) dalam PH (kerana) tak boleh buat apa, dulu pun begitu juga. Mereka dulu yang memimpin PAS lemah dalam berunding dengan PR.
 
Tambah Khairuddin, Amanah kini terpaksa mengambil sikap berlapang dada bukan kerana mereka ikhlas berbuat demikian tetapi lebih kepada mahu menutup kekecewaan yang dialami.
 
Pada Konvensyen Pakatan Harapan kelmarin, Amanah diberi 27 kerusi parlimen, paling sedikit berbanding tiga parti komponen lain.
 
PPBM mendapat 52 kerusi, PKR (51 kerusi) dan DAP (35 kerusi), sekaligus menyebabkan Amanah peringkat Bahagian menyifatkannya sebagai “hari duka”.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman

Sekianlah artikel Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah 'tidak dipandang' dalam PH - Khairuddin Aman dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/amanah-tidak-dipandang-dalam-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :