PAS Khianati UMNO

PAS Khianati UMNO - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Khianati UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Khianati UMNO
link : PAS Khianati UMNO

Baca juga


PAS Khianati UMNO

CYBERJAYA: Tawaran Pas supaya UMNO kembali bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disifatkan tidak ikhlas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengakui UMNO masih terkesan dengan tindakan Pas ketika berada dalam MN sebelum ini.


Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebelum ini, bukan UMNO yang keluar daripada MN sebaliknya Pas.

“Kami tidak fikir mereka ikhlas di dalam membuat tawaran kerana yang keluar daripada MN bukan UMNO tapi mereka yang keluar.

“Mereka yang melakukan karenah melebihi apa yang kita persetujukan.

Mereka yang menikam kami (UMNO) dari belakang,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penggerak Wanita Risda (Pewaris) di sini, hari ini.


Katanya, beliau menyantuni tawaran kerjasama oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin baru-baru ini namun, ia bukan tawaran rasmi oleh Pas.

Ahmad Zahid berkata, Mursyidul Am Pas tidak dapat membuat keputusan kerana ia (keputusan sebenar) mesti ditentukan oleh Jawatankuasa Pas Pusat dan perlu dibincangkan dalam Majlis Syura.

Sebelum ini, Hashim dilaporkan berkata, beliau yakin kerjasama antara Pas dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali pada PRU16 melalui MN.

Menurutnya, ramai yang percayakan masih ada peluang untuk merealisasikan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.- UTUSAN


Demikianlah Artikel PAS Khianati UMNO

Sekianlah artikel PAS Khianati UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Khianati UMNO dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/pas-khianati-umno.html

Subscribe to receive free email updates: