Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara

Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara
link : Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara

Baca juga


Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara

KUALA LUMPUR - Polis telah selesai merakam keterangan pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berhubung video parodinya didakwa mempersendakan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra'e, 43, telah dipanggil ke Bukit Aman Khamis lalu.


"Rakaman percakapan suspek sudah diambil di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada jam 10.15 pagi, Khamis lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, kertas siasatan yang lengkap itu akan dirujuk kepada Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (KUJAKA), Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, pada Selasa.

"Setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak 49 laporan polis diterima pihaknya terhadap Dd Chronicle di seluruh negara," katanya.


Katanya lagi, aduan tertinggi dicatatkan di Johor dengan 12 laporan, Pahang (lima) manakala masing-masing empat di ibu negara, Melaka, Perak dan Selangor dan masing-masing tiga di Sabah, Kelantan dan Kedah.

"Selain itu, masing-masing dua laporan di Negeri Sembilan dan Terengganu serta masing-masing satu di Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak," katanya - SH


Demikianlah Artikel Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara

Sekianlah artikel Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/kes-dd-chronicle-kertas-siasatan.html

Subscribe to receive free email updates: