Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal?link :
Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal?
Baca juga
Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal?
Pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilihat menunjukkan sikap berat sebelah golongan liberal yang selama ini sering membicarakan soal kebebasan bersuara di Malaysia selain lantang menuntut agar Akta Hasutan dimansuhkan.
Pensyarah di Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Shafizan Mohamed berkata golongan itu bagaimanapun mencari jalan untuk menjustifikasikan sikap mereka.
"Kenyataan beliau itu dibuat terhadap Amirudin Shari, tetapi diolah semula menjadi isu 3R.
“Kumpulan yang selama ini bersikap terbuka tiba-tiba melaungkan 'Daulat Tuanku'," katanya kepada MalaysiaNow.
Jelas beliau, zaman pasca-kebenaran atau “post-truth” kini membolehkan semua orang mencipta kebenaran mereka masing-masing, tanpa ada hitam putih.
"Kebenaran ialah apa yang kamu suka, sehingga orang ramai pun keliru."
Beberapa tokoh dan kumpulan menyuarakan kegusaran mengenai kes itu, apatah lagi apabila Pakatan Harapan (PH) berjanji ingin memansuhkan Akta Hasutan dalam kempen-kempen pilihan raya mereka.
Antaranya bekas ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang digugurkan sebagai calon oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dan kumpulan peguam, Lawyers for Liberty.
Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu didakwa pada 18 Julai di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor atas dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan campuran dalam satu ceramah politik di Selayang minggu lepas.
Sanusi sudah menghantar surat permohonan maaf namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu kenyataan menitahkan, isu tersebut masih belum selesai.
Pakar komunikasi daripada Universiti Teknologi Mara, Abd Aziz Aizam pula berkata beberapa pihak dilihat mengubah pendirian apabila sebelum ini lantang bersuara terhadap akta itu terutama ketika seorang ahli PKR, Iswardy Morni didakwa di bawah akta sama pada 2021.
"Namun apabila kes berlaku ke atas MB kedah ini ia dilihat seolah-olah satu perkara yang luar biasa dan sangat dahsyat seperti tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Kumpulan yang dahulunya pernah mengkritik akta tersebut kini menyokongnya pula, dan ada juga kumpulan yang dulu menyokong akta itu dahulu kini mengkritiknya pula," katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Kartini Aboo Talib berkata, walaupun orang Melayu taat kepada raja-raja mereka, pendakwaan terhadap Sanusi dilihat sebagai berat sebelah.
Katanya, ini kerana “pemimpin Cina dari DAP” masih tidak dakwa walaupun kenyataan ketika berkempen berbaur hasutan dan bersifat perkauman.
Kartini dipercayai merujuk Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang mendakwa kuil Hindu akan dirobohkan sekiranya kerajaan Pulau Pinang jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN).
"Sudah pasti, orang Melayu akan turun mengundi sebagai menyahut 'gelombang hijau’,” katanya merujuk kepada istilah yang diperkenalkan veteran DAP Lim Kit Siang untuk menggambarkan sokongan Melayu pada PRU15.
Polis menyiasat kenyataan ahli Parlimen Bagan itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Isu berkaitan institusi diraja menjadi subjek bualan apabila kerajaan memberi amaran agar tidak memainkan isu 3R- agama, kaum dan raja ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin dekat.
'Politik dan hormat kepada raja adalah berasingan'
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam satu siaran langsing di akaun TikTok beliau mengugut untuk menghantar kereta polis kepada mereka yang meninggalkan komen berkait 3R.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi turut terbabit dalam isu 3R baru-baru ini selepas memanggil Parti Sosialis Malaysia sebagai parti “India estet”.
Menurut Kartini, pendakwaan terhadap Sanusi juga membangkitkan persoalan sejauh mana pengaruh institusi diraja dan rasa hormat masyarakat Melayu kepada institusi itu dalam menentukan corak pengundian dalam pilihan raya.
Kartini berkata, kritikan sultan kepada pemimpin tidak memberi impak besar untuk mempengaruhi pengundi.
"Ini kerana literasi politik pengundi di Malaysia jauh lebih baik," jelas Kartini.
Sebelum ini, Sultan Selangor pernah secara terbuka mengkritik bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu memimpin PH.
Istana Johor juga pernah mengeluarkan kenyataan membayangkan mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) dikekalkan.
Bagaimanapun pada PRU14, Mahathir berjaya membentuk kerajaan bersama PH dan menamatkan penguasaan selama lebih 60 tahun BN.
Namun pada PRU15 tahun lalu, Mahathir tewas dan hilang deposit di kerusi Parlimen Langkawi.
Menurut Kartini, rasa hormat terhadap satu-satu tokoh atau institusi perlu dilihat secara berasingan -
MalaysiaNow
Demikianlah Artikel Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal?
Sekianlah artikel Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/dakwaan-terhadap-sanusi-dedah-hipokrasi.html