Hero Sangat Ka Sanusi Tu? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hero Sangat Ka Sanusi Tu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Hero Sangat Ka Sanusi Tu?link :
Hero Sangat Ka Sanusi Tu?
Baca juga
Hero Sangat Ka Sanusi Tu?
PADA pukul 11 malam, 11 Julai lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berceramah di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, Selayang. Dalam ucapan tersebut, ada dua perkara menyentuh raja-raja Melayu yang disebut oleh beliau.
Bahagian pertamanya berbunyi, “Sultan Kedah adalah sultan hebat, satu-satunya sultan ada susur jalur yang tak pernah putus, tak akan pilih menteri besaq cokia macam Amir tu.” Bahagian keduanya pula berbunyi,
“Tiada siapa di dunia ini mendengar Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya ditubuhkan kerajaan perpaduan kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim.”
Ekoran itu, berpuluh-puluh laporan polis dibuat ke atasnya atas dakwaan menghasut. Susulannya, pada pukul 3 pagi, 18 Julai, beliau ditahan dan 9 pagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang kerana didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Setelah dituduh, beliau mengaku tidak bersalah. Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, beliau mendakwa pendakwaan terhadapnya menunjukkan Malaysia tidak lagi mengamalkan kebebasan bersuara,
“Nampaknya di Malaysia ini tak boleh cakap apa-apa.”
Kepulangan beliau ke Kedah pada petang itu disambut seperti seorang hero dengan ribuan penyokong berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (LTSAH) dan berebut-rebut untuk bersalam dengannya sambil menjeritkan laungan takbir serta ‘Hidup Sanusi.’
Seorang wartawan veteran menulis, “Sanusi adalah satu fenomena. Gelombang Sanusi tidak boleh dinafikan telah mencipta satu wave yang bukan biasa-biasa. Sebagai pemerhati, saya merasakan Sanusi akan semakin kuat fenomena. Gelombang Sanusi tidak boleh dinafikan telah mencipta satu wave yang bukan biasa-biasa. Sebagai pemerhati, saya merasakan Sanusi akan semakin kuat dan semakin kuat selepas ini.”
Seorang penganalisis politik mengulas, “Saya rasa penahanan dan pendakwaan Sanusi ini akan membantu pihak Perikatan Nasional (PN) kerana beliau akan dilihat sebagai seorang pejuang di mata penyokong beliau. Penyokongnya akan melihat Sanusi sebagai mangsa penganiayaan dan bukan melemahkan PN, namun akan terus menambah sokongannya.”
Seorang mufti sebuah negeri pula mencatat, “Apabila mendengar pidato-pidato YAB MB Kedah, saya percaya sebahagian daripada ucapan beliau merupakan kalimat terpendam yang ada dalam dada ramai umat Islam di negara ini. Beliau luahkan apa yang orang lain tidak luahkan.”
Perkara begini tidak sepatutnya berlaku. Rakyat tidak patut diberi mesej yang salah mengenainya. Isu sebenar dalam kes ini ialah Muhammad Sanusi sering mengeluarkan kata-kata kasar dalam ucapan dan dalam kes ini, ia didakwa merupakan kesalahan.
Selaku pemimpin sebuah parti Islam, beliau tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Selama ini Pas mendakwa mengamalkan pendekatan politik yang matang dan sejahtera, kelaziman penceramahnya membacakan petikan ayat al-Quran atau hadis nabi tetapi ini tidak berlaku.
Malah, ketika mula-mula isu ini tercetus pada 14 Julai, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegur Muhammad Sanusi agar lebih bertenang dan menjaga percakapan ketika berada di pentas politik untuk mengelakkan beliau yang dikira ‘agak keras’ daripada mencetuskan kontroversi.
TWITTER
Malangnya, setelah didakwa, teguran Hashim hilang ditiup angin dan Muhammad Sanusi dianggap hero pula. Sedangkan kes ini mendapat perhatian kerana Muhammad Sanusi berjawatan tinggi, jadi sudah semestinyalah kata-kata beliau yang menyentuh raja-raja boleh mempengaruhi masyarakat.kerana Muhammad Sanusi berjawatan tinggi, jadi sudah semestinyalah kata-kata beliau yang menyentuh raja-raja boleh mempengaruhi masyarakat.
Isu pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik tidak patut timbul kerana jika dibuat semakan maka akan didapati sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai individu tanpa mengira status dan latar belakang didakwa kerana menghasut atau menghina raja-raja Melayu.
Contohnya, pada 24 Ogos 2021, Nur Faizah Wahid dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut serta denda RM8,000 atau penjara enam bulan atas pertuduhan membuat komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, institusi raja dan menteri, dalam laman sosial Twitter.
Pada 8 Jun 2022, Prajiv Lionel Proctor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka kerana menghina raja dan agama Islam. Pada 19 Mei lalu pula, Sharil Mohd. Sarif yang tiga kali dipenjarakan atas kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial, sekali lagi didakwa atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Seperti dijelaskan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, “Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu terbabit akan didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang.”
Isu penahanan juga tidak patut timbul kerana telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa individu yang disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 boleh ditahan pada bila-bila masa kerana ia adalah seizable offence. Dalam Seksyen 11 akta ini jelas disebut, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menangkap tanpa waran individu tersebut.
Oleh itu, tiada sebab untuk Muhammad Sanusi dijulang sebagai seorang hero. Malah, pemimpin pembangkang tidak sepatutnya menyelar pendakwaan beliau kerana mereka sendiri menggunakannya pada masa lalu, apatah lagi dalam suasana ucapan kebencian semakin meningkat sejak mutakhir ini, tindakan tegas patut dikenakan kepada sesiapa sahaja.
Malah dalam keadaan sekarang, bukan sahaja Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan tetapi hukuman ke atas pihak yang menghasut, khususnya membabitkan raja-raja juga perlu dijadikan lebih berat kerana hukuman yang ada sekarang terlalu ringan dan tidak menakutkan.
Manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak perlu dijadikan alasan untuk mendesak Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana ia sekadar menjanjikan untuk menyemak semula dan memansuhkan peruntukan yang boleh disalahguna untuk menyekat kebebasan bersuara sahaja. Tambahan pula, kerajaan sekarang ialah kerajaan perpaduan yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, bukan kerajaan PH sahaja.
Seperti diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak ada apa yang perlu ditakuti oleh Muhammad Sanusi kerana jika yakin tidak melakukan sebarang kesalahan, beliau boleh membuktikan perkara itu di mahkamah, dan mahkamah Malaysia adalah bebas. – UTUSAN
DR. Mazlan Che Soh
Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi,
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan,
Kampus Seremban.
Demikianlah Artikel Hero Sangat Ka Sanusi Tu?
Sekianlah artikel Hero Sangat Ka Sanusi Tu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hero Sangat Ka Sanusi Tu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/hero-sangat-ka-sanusi-tu.html