Judul : Peminta sedekah etnik Rohingya cabul wanita dipenjara 30 hari
link : Peminta sedekah etnik Rohingya cabul wanita dipenjara 30 hari
Peminta sedekah etnik Rohingya cabul wanita dipenjara 30 hari
Bapa 5 anak itu, seorang pemegang kad UNHCR, didakwa merapati mangsa termasuk cuba memegang tangan mangsa, dan kemudian mengekori mangsa dengan menaiki bas yang sama dengan mangsa.
KUALA LUMPUR: Seorang peminta sedekah etnik Rohingnya dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Tuson Nukmal Hakim, 33, kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kerani wanita berusia 35 tahun dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di perhentian bas Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak pada 6.45 petang, 28 Mac lepas.
Bapa 5 anak itu yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana 2 seksaan itu.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan ini merupakan kesalahan pertamanya dan dia adalah peminta sedekah yang menyara keluarganya.
Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian semasa mangsa sedang menunggu bas di perhentian itu, tiba-tiba datang tertuduh yang cuba merapati mangsa termasuk cuba memegang tangan mangsa.
Tertuduh juga cuba mengekori mangsa dan menaiki bas yang sama dengan mangsa.
Berikutan kejadian itu, wanita itu membuat laporan polis.
Demikianlah Artikel Peminta sedekah etnik Rohingya cabul wanita dipenjara 30 hari
Sekianlah artikel Peminta sedekah etnik Rohingya cabul wanita dipenjara 30 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peminta sedekah etnik Rohingya cabul wanita dipenjara 30 hari dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/peminta-sedekah-etnik-rohingya-cabul.html