Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada

Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada
link : Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada

Baca juga


Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada

 
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang menegaskan, PAS kekal kukuh walaupun selepas kematian Nik Aziz dan terus mengamalkan nasihat beliau dan melaksanakan ajarannya.


fauzi-pas


GEORGE TOWN: PAS Pulau Pinang menyangkal Datuk Husam Musa sambil menegaskan, parti berusia lebih 6 dekad itu masih kekal dengan roh perjuangan yang memberi keutamaan kepada usaha menegakkan Islam.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof berkata, apa yang berubah hanyalah barisan kepimpinan, bukannya matlamat perjuangan.

“Satu-satunya perkara yang berubah adalah pemimpin. Pemimpin datang dan pergi, tetapi PAS tetap dengan objektifnya seperti sebelum ini,” kata Fauzi kepada FMT.

Fauzi mengulas kenyataan Husam yang menyifatkan kematian bekas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 2 tahun yang lalu sebagai kematian bersama idea perjuangan PAS yang asal.

Husam kini, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, sikap mesra PAS dengan Umno sekarang jelas berbeza dengan sikap PAS sebelum ini yang saling bermusuhan.

“Kematian Nik Aziz bukan sahaja kematian dirinya yang bernama Nik Aziz, tetapi permulaan era baru hala tuju PAS dan penghakisan pendekatan dan pemikiran politik Nik Aziz dari PAS.

“Apabila PAS memperkenalkan slogan baru iaitu budaya politik matang dan sejahtera, secara tak langsung PAS mengisytiharkan pendekatan politik ketika Nik Aziz menerajui PAS sebagai tidak matang,” kata beliau di Seminar Pemikiran Nik Aziz semalam.

Husam, bekas naib presiden PAS, dipecat parti itu tahun lalu.

Fauzi menegaskan, PAS kekal kukuh walaupun selepas kematian Nik Aziz dan terus mengamalkan nasihat beliau dan melaksanakan ajarannya.

Kata Fauzi, PAS juga terus menerima ahli-ahli baharu setiap bulan, yang membuktikan parti itu berkembang dan mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.

Mengenai kemasukan Husam ke dalam Amanah, Fauzi berkata, sesiapa sahaja bebas untuk menyertai mana-mana parti yang mereka mahu.

“Walaupun tanpa beliau (Husam), PAS tidak mengalami apa-apa kerugian. Malah, adalah lebih baik untuk beliau pergi, bukannya menjadi duri dalam daging,” katanya.



Demikianlah Artikel Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada

Sekianlah artikel Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Roh PAS kekal kukuh walaupun Nik Aziz sudah tiada dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/roh-pas-kekal-kukuh-walaupun-nik-aziz.html

Subscribe to receive free email updates: