Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche?

Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche?
link : Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche?

Baca juga


Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche?

 

Meskipun pernah dipenjara selama lima tahun kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk masih tetap dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpusat di Selangor itu terbongkar hasil daripada enam serbuan berasingan yang dilakukan di sekitar Johor dan negeri itu.

Timbalan Pengarah Narkotik (Risikian/ Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Deputi Komisioner Zainudin Ahmad berkata, suspek bersama isterinya bergelar datin ditahan bersama tujuh individu lain berusia antara 22 hingga 59 tahun. 

“Hasil serbuan berjaya merampas hampir 20 kilogram dadah jenis syabu, ketamin dan pil ekstasi bernilai RM868,000.

“Siasatan lanjut mendapati, kumpulan sindiket yang telah aktif sejak pertengahan September tahun lalu ini pernah ditahan di Taiwan pada 19 Mac lepas dengan tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

“Tangkapan tersebut membabitkan dadah jenis ketamin seberat 281 kg dengan anggaran nilai sebanyak RM15 juta. Seramai tiga warga tempatan dan empat warganegara Indonesia ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Batu Pahat, Johor.

Polis kini sedang giat mencari saki-baki ahli sindiket berkenaan, termasuk di beberapa daerah yang dipercayai mempunyai perantara.

Modus operandi suspek ialah menggunakan jalan laut untuk melakukan aktiviti pengedaran dadah.

“Kita percaya kumpulan sindiket ini menjadikan perairan di sekitar pantai barat Johor termasuk di Batu Pahat sebagai lokasi transit untuk membawa keluar dadah berkenaan bagi pasaran ke negara Indonesia.

“Modus operandi sindiket adalah dengan membawa bekalan dadah menggunakan kereta mewah bagi elak daripada dicekup.

“Soal siasat mendapati, bekalan dadah baru-baru ini telah dibawa menggunakan kereta jenis Porsche dan mereka sebelum ini turut mengaku pernah membawa bekalan ke Kelantan menggunakan kereta Mustang,” katanya.

Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tindakan juga diambil mengikut ADB (Perlucuthakan Harta) di mana JSJN telah berjaya menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM520,059 membabitkan empat buah kenderaan, barang kemas dan wang tunai.



Demikianlah Artikel Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche?

Sekianlah artikel Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Dan Datin Edar Dadah Guna Porsche? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/datuk-dan-datin-edar-dadah-guna-porsche.html

Subscribe to receive free email updates: