Apa Dah Jadi Dengan i-Sinar? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Dah Jadi Dengan i-Sinar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Apa Dah Jadi Dengan i-Sinar?link :
Apa Dah Jadi Dengan i-Sinar?
Baca juga
Apa Dah Jadi Dengan i-Sinar?
SEBELUM ini jarang kedengaran isu melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Namun, Covid-19 telah menyebabkan nama KWSP jadi sebutan.
Semuanya bermula dengan cadangan pencarum dibenar mengeluarkan wang daripada akaun satu bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik.
Walaupun pada awalnya seperti sukar dilaksanakan namun desakan demi desakan yang diterima menyebabkan kerajaan akur dan meluluskan pengeluaran akaun dua sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan melalui i-Lestari.
Keputusan itu membuatkan rakyat tersenyum tapi ia tidak berpanjangan apabila ada syarat tertentu untuk mengeluarkan akaun satu melalui skim i-Sinar.
Sekali lagi KWSP menjadi sasaran kecaman kononnya tidak peka dengan masalah yang di hadapi rakyat.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin dalam UMNO lantang menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran akaun satu caruman KWSP selain meneruskan pemberian moratorium pembayaran pinjaman secara bersasar.
Akhirnya kerajaan akur untuk meluluskan pengeluaran akaun satu KWSP tanpa syarat berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.
Namun KWSP kembali panas apabila netizen meluahkan rasa kecewa kerana pembayaran i-Sinar untuk bulan April masih belum dikreditkan ke dalam akaun mereka. Facebook rasmi KWSP sejak Selasa dibanjiri komen tidak puas hati, malah ada yang membuat andaian 'KWSP tidak ada duit’.
Sebelum ini, KWSP memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar bagi bulan Mac diawalkan dan dibayar pada minggu akhir Februari, manakala pembayaran seterusnya pula akan dibuat pada April.
Sehingga kini, tarikh sebenar pembayaran ke akaun pemohon masih belum diketahui.
Adalah lebih baik pihak KWSP membuat prosedur operasi standard (SOP) yang jelas untuk tarikh pengeluaran bagi memastikan semakan dibuat dengan lebih mudah. Janganlah biarkan rakyat terus berharap.
Demikianlah Artikel Apa Dah Jadi Dengan i-Sinar?
Sekianlah artikel Apa Dah Jadi Dengan i-Sinar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Dah Jadi Dengan i-Sinar? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/apa-dah-jadi-dengan-i-sinar.html