Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini

Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini
link : Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini

Baca juga


Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini

 


SHAH ALAM: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyifatkan nilai ringgit pada masa ini berada di bawah nilai sebenar, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Beliau berkata, tukaran asing bukan satu-satunya faktor bagi pengurus dana persaraan itu membuat keputusan dalam menguruskan pelaburannya.


Namun, katanya, tidak dinafikan tukaran asing adalah antara faktor yang dipertimbangkan dalam membuat keputusan untuk membeli atau menjual aset.

"Secara prinsipnya, bila di bawah nilai, kami akan mengambil untung," katanya pada sidang media sempena taklimat prestasi kewangan KWSP bagi 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada KWSP membawa pulang dana dari luar negeri untuk menyokong ringgit.

Mengulas aliran dana itu, Ahmad Zulqarnain enggan mengulas mengenainya kerana perkara itu adalah sulit.

Beliau berkata, strategi pelaburan KWSP adalah didorong oleh Alokasi Aset Strategik (SAA) dan ia adalah proses yang utuh bagi pengurus dana besar itu.

Katanya, pihaknya membuat kajian semula terhadap SAA setiap lima tahun dan amat berdisiplin dalam memperuntukkan aset berdasarkan SAA.

"Selagi kami berbuat demikian, kami yakin dalam menyampaikan pulangan pelaburan secara konsisten," katanya.


Sehingga Disember 2023, aset pelaburan KWSP telah mencecah RM1.14 trilion, dengan 62 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.

Mengikut pecahan kelas aset, instrumen pendapatan tetap merangkumi 46 peratus daripada aset pelaburan, manakala ekuiti terdiri daripada 42 peratus.

Hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang masing-masing membentuk tujuh peratus dan lima peratus daripada aset KWSP.

Mengulas sama ada KWSP berminat untuk melabur dalam aset digital, Ahmad Zulqarnain berkata, pengurus dana persaraan itu tidak bercadang untuk melabur dalam aset berkenaan.

Beliau berkata, KWSP melabur dalam kelas aset dengan perniagaan yang baik dan pelbagai.

"Sebab kenapa digital aset tidak ada dalam alokasi aset kerana kami tidak dapat jangka kejelasan mengenai tunai yang kembali kepada kami apabila melabur dalam kelas aset itu," katanya - Berita Harian


Demikianlah Artikel Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini

Sekianlah artikel Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebenarnya.. Ringgit Di Bawah Nilai Sebenar Ketika Ini dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/03/sebenarnya-ringgit-di-bawah-nilai.html

Subscribe to receive free email updates: