Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit

Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit
link : Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit

Baca juga


Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit

 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan, situasi ekonomi Malaysia ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan pada 1998 kerana kedudukan negara ketika ini jauh lebih baik walaupun mata wang tempatan sedang melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata pada 1998, selain daripada kejatuhan ringgit, kadar inflasi dan pengangguran meningkat dan tiada pelaburan asing masuk dalam negara.


"(Berbeza) ketika ini, ia perlu dilihat secara keseluruhan, (Malaysia) mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah, kadar inflasi terus menurun dan kadar pengangguran turut berkurangan.

"(Malah) pertumbuhan (ekonomi negara) adalah berdaya tahan sama seperti negara jiran.

"Ya, (kejatuhan ringgit) adalah membimbangkan, tetapi kita sentiasa memantaunya dan bernasib baik (ringgit) mengukuh sedikit. Namun, perkara ini turut menjejaskan semua negara lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Menara Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX) yang turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anwar dikritik kerana dikatakan enggan menjawab soalan berkaitan ringgit dan sebaliknya menyerahkannya kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjawab.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, pada tempoh hari, maklum balas beliau adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sepatutnya mengeluarkan kenyataan penting mengenai pelaburan dan perdagangan dan Gabenor BNM mengeluarkan kenyataan mengenai ringgit.

"Dan saya dikritik kerana berkata sedemikian. Ringgit ada kesan dia dan saya tidak mahu mengatakan tidak harus dipantau oleh BNM, tetapi eksport itu baik kerana saya jumpa syarikat pengeksport, dia sangat senang tetapi sebaiknya ringgit itu agak terkawal.

"Tetapi mengapa harus dilihat hanya dari segi ringgit dan dibandingkan dengan 1998, kerana seperti mana yang saya sebut tadi ringgit jatuh, pelaburan jatuh, inflasi naik jadi tidak sama.

"Sekarang ini, angka terakhir bagi pelaburan kita yang diumumkan semalam selepas mesyuarat Majlis Pelaburan Negara tertinggi dalam sejarah pelaburan Malaysia.

"Kalau keyakinan (pelabur) itu kurang kerana ringgit, ia tidak akan ada pelaburan tertinggi ini dalam sejarah.

"Dan semalam mesyuarat pelaburan, hari ini (pelancaran) TRX dan petang ini Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan kita akan terus pantau hari-hari termasuk kos sara hidup kerana dalam perbincangan apa pun kita harus beri tumpuan kepada kesan kehidupan rakyat," katanya.

Setakat jam 12.15 tengah hari ini, ringgit diniagakan pada 4.775 berbanding dolar AS, menurut laman web BNM - BH




Demikianlah Artikel Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit

Sekianlah artikel Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Jelaskan Prestasi Ringgit dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/anwar-jelaskan-prestasi-ringgit.html

Subscribe to receive free email updates: