Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX

Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX
link : Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX

Baca juga


Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX

 

PETALING JAYA: Cadangan mewujudkan beras putih Malaysia Madani akan membantu negara memerangi tindaktan duk kartel yang sebelum ini mensabotaj bekalan makanan ruji tersebut sehingga membebankan rakyat.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyangkal dakwaan bahawa cadangan mewujudkan beras putih Malaysia Madani akan menyokong tindakan kartel mensabotaj bekalan beras negara.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut yang dibuat untuk menggantikan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) yang dimansuhkan akan menghalang daripada kumpulan ‘tangan hitam itu’ memainkan harga beras.

“Tidak, (cadangan tersebut membolehkan) kita memotong campur tangan kartel (yang akan menjejaskan bekalan dan harga beras).

“Kita akan bincang (mengenai perkara tersebut) dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) seterusnya,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Perdana Menteri hadir majlis ramah mesra bersama warga Maybank di Menara Maybank, di sini dan dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakhirsnan.

Anwar mengulas dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh bahawa cadangan mewujudkan beras putih Malaysia Madani akan menguntungkan kartel tetapi merugikan rakyat.

Beliau menggesa kerajaan untuk kembali fokus dalam usaha meningkatkan tahap sara diri (SSL) beras tempatan dan tidak melakukan tindakan yang akan menguntungkan pihak kartel.


Terdahulu, media melaporkan, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang juga Pengerusi Naccol membuat pengumuman dengan mem perkenalkan beras putih Malaysia Madani yang akan dijual dengan harga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) yang dikatakan boleh didapati di pasaran mulai 1 Mac ini.

Serentak itu, katanya, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10kg manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg).

Bagaimanapun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Mohamad Sabu menjelaskan kerajaan belum membuat sebarang ketetapan susulan cadangan untuk mewujudkan satu gred beras putih Malaysia Madani.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali sebelum ini mengesahkan bahawa Jumaat ini Naccol akan bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Anwar sendiri bagi bagi membincangkan isu kos sara hidup terutamanya bekalan beras negara.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Anwar menggesa agar industri perbankan negara terus kekal berdaya saing menangani keserentakan fenomena tiga ‘C’ (kerumitan, huru-hara dan percanggahan) di zaman pasca-normal.


Beliau berkata, fenomena tersebut menuntut perubahan yang sangat pantas dilakukan dan tidak boleh lagi berada di dalam standard lama yang diamalkan.

“Industri kewangan perlu memainkan peranan pentingnya sebagai tonggak dalam sistem ekonomi negara untuk menyokong pertumbuhan.

“Kalau industri kewangan itu gagah perkasa dan diyakini ia akan membangun keyakinan rakyat serta pelabur sama ada domestik mahupun luar negara.

“Kepantasan, kecekapan dan keupayan pengurusannya mengurus adalah keprihatinan terhadap nasib pekerjanya serta program-program yang selari dengan tuntutan negara,” katanya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX

Sekianlah artikel Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beras Putih Madani Untuk Tangani Kartel - PMX dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/beras-putih-madani-untuk-tangani-kartel.html

Subscribe to receive free email updates: