Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion

Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion
link : Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion

Baca juga


Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion

HUTANG Malaysia, sekiranya diambil kira tanggungan, sudah mencecah RM1.5 trilion dan kerajaan perlu mengambil langkah-langkah perlu untuk menanganinya dengan segera, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jumlah itu, jelasnya, sudah melebihi 80% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta memberi kesan kepada unjuran ekonomi semasa.

Anwar yang juga menteri kewangan menggesa pimpinan kanan di sektor awam untuk keluar dari zon selesa untuk melihat dan menerima keadaan sebenar yang sedang negara hadapi.

“Jadi, wakil-wakil kementerian harus terima kenyataan ini dan tidak boleh berasa selesa seperti seolah-olah semuanya baik sahaja dan catat kejayaan yang baik.

“Itu kenyataan hambar dan bertentangan dengan data. Sebab itu kita mulakan dengan berikan angka sebenar, ada cara pendekatan berbeza.

“Kita tidak boleh tangani ekonomi 2023 kalau ada budaya selesa dan tidak mampu pacu ekonomi diharapkan,” katanya pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan.

Jelas Anwar, beliau mahu menekankan pengurusan ekonomi yang bersandar pada angka dan fakta, dan bukannya membuai rakyat dengan perkara yang tidak realistik.

Dalam pada itu, Anwar juga memberi peringatan Malaysia dan dunia amnya belum lagi keluar daripada keadaan ekonomi yang malap, kesan daripada perkembagaan antarabangsa termasuk perang Ukraine-Russia serta pandemik Covid-19.

Belanjawan 2023 akan dibentang di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini.

Menurut Anwar, belanjawan tahunan itu antara lain akan memberi tumpuan kepada teknologi hijau dan ekonomi digital.

Putrajaya juga akan memberi fokus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang dilihat ada potensi tinggi untuk meningkatkan keupayaan selain melibatkan jumlah pekerja yang besar.

“Jangan kita merasa kelesuan akibat ekonomi yang merudum. Kita kena mencari jalan dalam bidang-bidang baharu seperti ekonomi hijau dan digital.

“Pendekatan kita selama ini juga tidak tertumpu terhadap PKS yang menjadi tunggak kepada ekonomi negara,” katanya.

Pada 20 Disember lalu, Dewan Rakyat hanya meluluskan peruntukan khas perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107.72 bilion, antara lain untuk bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan - TMI


Demikianlah Artikel Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion

Sekianlah artikel Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hutang, Liabiliti Negara Kini Cecah RM1.5 Trilion dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/01/hutang-liabiliti-negara-kini-cecah-rm15.html

Subscribe to receive free email updates: