Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin

Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin
link : Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin

Baca juga


Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin



Lantang, tidak berlapik dan 'pedih menghiris'. Anda boleh memilih sama ada untuk menyukai atau membenci setiap butir bicara darinya.

Tetapi pada akhirnya, anda tidak boleh memaksa beliau mengubah kata-katanya itu, hanya untuk menyedapkan halwa telinga anda.

Itulah gaya dan prinsip tokoh wanita negara, Tan Sri Rafidah Aziz, anak jati Perak yang lebih 54 tahun bergelumang dalam jatuh bangun dunia politik.


Walaupun telah menjarakkan diri daripada dunia politik selepas digugurkan dalam Kabinet pada tahun 2008, serta tidak lagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum 2013, namun Rafidah hakikatnya tidak pernah melupakan terus dunia politik yang sebati dengan dirinya.

Bermula dengan hanya status dan pandangan di media sosial, Rafidah mencetuskan perubahan landskap politik negara terutamanya pendedahan mengenai kes 1MDB menyebabkan veteran UMNO itu akhirnya muncul kembali di pentas politik

Kali ini dalam satu temubual Eklusif dengan FMT beliau membidas Kenyataan Menteri Kanan (Ekonomi) Azmin Ali mengenai memilih Pelabur dengan menyifatkannya sebagai satu kenyataan paling bodoh..

PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Kanan (Ekonomi) Azmin Ali bahawa negara sekarang ini lebih selektif dari segi pelaburan yang datang disifatkan sebagai “paling bodoh” oleh bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz.

Dalam temubual eksklusif FMT, Rafidah berkata hakikatnya persekitaran pelaburan di negara jiran sekarang lebih menarik di mata pelabur.

Bulan lepas, Azmin nafi Malaysia tidak dapat menyaingi negara jiran dari segi pelaburan asing, sebaliknya lebih selektif dan mahu menarik teknologi berkualiti.

“Itu kenyataan paling bodoh, seolah-olah kita ada banyak orang mahu melabur di Malaysia. Kita tak boleh cakap macam itu.

“Orang akan kata ‘pergi jahanam lah’. Persekitaran pelaburan di negara jiran lebih menarik, bukan kerana kita selektif. Pelabur tidak mahu melabur di sini.”

Pada Januari, media melaporkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FD) ke Malaysia turun 68% pada 2020; penurunan yang lebih besar berbanding jiran serantau seperti Singapura, Indonesia, dan Vietnam.

Rafidah sedih melihat kedudukan Malaysia sekarang yang suatu ketika dulu dalam kalangan ekonomi memuncul terbaik.

Dulu, katanya, dalam misi perdagangannya di luar negara, prestasi Malaysia dihormati dan dipuji oleh peserta persidangan.

“Saya rasa sangat bangga. Hari ini, (ekonomi) Malaysia tidak jadi perbualan orang. Kedudukan kita ‘di bawah’ (tapi) rasuah kita nombor satu.”

Rafidah berkata pada zamannya, kementerian membawa masuk beberapa syarikat ke Malaysia tetapi sekarang ada beberapa syarikat sudah meninggalkan negara ini.

Ketika itu misi perdagangan akan selalu pulang dengan pelaburan “sebenar”.

“Kita tak omong-omong. Kita keluar negara dan yakinkan mereka (untuk melabur di sini)…Ini belum pergi (atau) baru balik 2-3 hari (dah) cakap (pasal pelaburan) berbilion.

“Masalahnya ialah itu hanya jangkaan awak semata-mata. Tiada padanan perniagaan. Tiada komitmen sebenar.”

Mengenai keadaan ekonomi dan hala tuju negara hari ini, Rafidah menggesa kerajaan membangunkan suatu pelan pemulihan kebangsaan menyeluruh.

“Buat sekarang, jangan tunggu Covid-19 ‘habis’,” katanya, dan menambah Parlimen harus bersidang semula supaya rancangan itu boleh dibahaskan.


Beliau juga menggesa suatu kajian teliti tentang kesan pandemik ke atas ekonomi, kesihatan mental, pendidikan, dan produktiviti dijalankan.

“Saya sangat risau, dari sekolah rendah hingga universiti, murid-murid sudah rugi hampir setahun. Itu boleh beri kesan pada produktiviti di masa depan.

“Negara lain sudah ‘dalam talian’ setiap hari. Kenapa kita tidak boleh? Kerana Kementerian Pendidikan tidak bersiap sedia,” katanya, dan menambah kementerian perlu bersiap sedia dengan lebih baik untuk masa depan ~ FMT

 

Berikut adalah video temubual tersebut dari FMT 





Demikianlah Artikel Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin

Sekianlah artikel Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pilih Pelaburan? Itu Kenyataan Paling Bodoh, Kata Rafidah Kepada Azmin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/pilih-pelaburan-itu-kenyataan-paling.html

Subscribe to receive free email updates: