Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini?

Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini?
link : Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini?

Baca juga


Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini?


Dah pencen baru lantang nak bersuara.. semasa masih dalam perkhidmatan tak dengar pula sebarang tak puas hati kepada Kerajaan.. kenapa?

Sudah pasti ketika itu tak berani nak bersuara demi nak menjaga periuk nasinya.. bersuara ketika itu mungkin akan menyebabkan ada orang yang 'plug-off' periuk nasinya..

Jadi bila dah dekat-dekat nak pencen, dah pasti tak ada sesiapa yang akan 'plug-off' periuk nasi.. barulah riuh rendah nak bersuara..

Kenapa tidak bersuara ketika masih memegang jawatan itu?.. kalaulah apa yang didedahkan ini dibuat pendedahan ketika beliau masih berkuasa maka akan lainlah pandangan masyarakat terhadap dirinya..

Beliau akan lebih dihormati.. tapi bila dah nak pencen baru berani nak bersuara.. masyarakat pasti akan menganggap ada yang dia tak puas hati lah tu...

Laporan berkaitan...

GEORGE TOWN – Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Jelas Abdul Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik individu berkenaan.

“Bukan saya saja yang menghadapi masalah dengan MDN, Jabatan Cawangan Khas (JCK) turut kurang senang dengan tindakan beliau sejak setahun lalu.

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pihak di JCK menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah beliau, perdana menteri bersetuju JCK tidak boleh terlibat dalam kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah sebelum cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.

“‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan ‘budaknya’ (bekas pegawai kanan JCK) menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.

“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan.

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Abdul Hamid.

Tambah beliau, isu tersebut turut dibawa untuk pengetahuan perdana menteri sebelum PCK diarahkan untuk terus berkhidmat.

Terdahulu, Abdul Hamid Bador menegaskan beliau akan berjuang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cara sendiri walaupun beliau bukan lagi Ketua Polis Negara. – MalaysiaGazette


Hmmm... dah pencen baru nak bersuara... samalah dengan yang lepas-lepas tu.. 



Demikianlah Artikel Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini?

Sekianlah artikel Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dah Pencen.. Baru Nak Dedah Itu Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/dah-pencen-baru-nak-dedah-itu-ini.html

Subscribe to receive free email updates: