Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini?

Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini?
link : Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini?

Baca juga


Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini?


PETALING JAYA: Dalam beberapa media sosial sebelum ini kecoh mendakwa ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan meninggalkan kerusi itu dan bertan­ding di Ampang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jika betul, Nurul Izzah bakal memberikan saingan cukup sengit kepada penyandang Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketika dihubungi, Nurul Izzah mene­gaskan, beliau sekadar menurut arahan jika pimpinan PKR meletakkannya bertanding di Ampang.


Namun katanya, jika diberi peluang, beliau mahu terus berbakti di Permatang Pauh.

“Kita sekadar menurut arahan. Jika berpeluang mahu te­rus berbakti di Permatang Pauh,” katanya di sini semalam.

Beberapa portal sebelum ini membuat spekulasi mengenai kedudukan Nurul Izzah yang didakwa akan meninggalkan Parlimen Permatang Pauh dan bertanding di Ampang.

Dalam PRU-14, Zuraida memperoleh 54,307 undi mengalahkan calon BN, Pas dan PRM.

Ketika Langkah Sheraton, Zuraida mengekalkan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu jawatan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Selain Nurul Izzah, penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac sebelum ini turut memberi baya­ngan untuk mencabar kerusi Parlimen Ampang.

Nurul Izzah meraih 35,534 undi dalam PRU-14 menewaskan calon BN dan Pas.

Dalam pada itu, Zuraida yang ditemui Utusan Malaysia di Ampang menegaskan, beliau yakin dengan khidmat yang diberikan di kawasan tersebut.

Beliau berkata, spekulasi yang berlaku ketika ini bukanlah cabaran bagi dirinya.

“Saya tidak terasa tercabar sebab dalam pertandingan ada kalah dan menang.

“Saya yakin de­ngan kerja saya di sini. Memang saya ber­khidmat untuk rak­yat,” katanya.

Katanya, Malaysia sebuah negara yang bebas, sesiapa sahaja boleh bertanding di mana sahaja seseorang itu mahu.

“Ini negara bebas, semua orang boleh bertanding mana yang dia suka,” ujarnya.

Sumber: UTUSAN


Demikianlah Artikel Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini?

Sekianlah artikel Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah ‘Cabar’ Zuraida Di Ampang PRU-15 Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/nurul-izzah-cabar-zuraida-di-ampang-pru.html

Subscribe to receive free email updates: