Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya?

Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya?
link : Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya?

Baca juga


Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya?

MASYARAKAT Felda sudah pasti boleh menarik nafas lega dan bergembira apabila kerajaan pada 9 Julai lalu telah meluluskan jaminan sehingga RM9.9 bilion untuk menerbitkan sukuk bagi menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, bermula tahun ini, kerajaan menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda itu yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka.

Namun begitu, perkara tersebut tidak menjadi tenang, sebaliknya bertukar keruh apabila berlaku pula kontroversi melibatkan dua figura pemimpin politik iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Khamis, Anwar telah mendedahkan bukti dokumen berkaitan penghapusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Dua lampiran dokumen disertakan iaitu dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) ditandatangani antara Felda, kerajaan Malaysia dan Amanah Raya Berhad serta dokumen berbentuk digital arahan pembayaran kerajaan Malaysia berjumlah RM990 juta.

Dalam dokumen perjanjian FSRA itu, ia ditandatangani Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh dan Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar bagi pihak Felda.

Manakala, bagi pihak kerajaan, ia ditandatangani Anwar selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbandaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Anwar berkata, ia adalah sebahagian dokumen perjanjian berkait jaminan kerajaan kepada Felda yang telah ditandatangani.

Susulan itu, Anwar mendesak Muhyiddin supaya memohon maaf berhubung dakwaan yang dilontarkan kepada beliau.

Bagaimanapun, Muhyiddin pada Khamis menjawab bahawa dokumen berkaitan pelupusan hutang peneroka Felda yang didedahkan oleh Kementerian Kewangan itu bukanlah berkaitan perkara tersebut.

Sebaliknya Muhyiddin menjelaskan, dokumen berkenaan adalah berkaitan sukuk.

Di samping itu, beliau juga telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan tindakan saman fitnah terhadap Anwar.

Dalam pada itu, keadaan dikeruhkan lagi apabila Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa turut mendakwa dokumen yang didedahkan Anwar itu merupakan bayaran bagi terbitan sukuk.

Justeru bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu meminta Perdana Menteri untuk menjelaskan berhubung perkara berkenaan.

Jika dilihat situasi, berkemungkinan kemelut isu kontroversi hutang peneroka Felda itu akan berlanjutan dan dibawa sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai bahan kempen parti politik - SH


Demikianlah Artikel Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya?

Sekianlah artikel Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/kontroversi-hutang-peneroka-felda-bila.html

Subscribe to receive free email updates: