Hutang Felda: Najib Pencetus, Muhyiddin Dan Anwar Penyambung - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hutang Felda: Najib Pencetus, Muhyiddin Dan Anwar Penyambung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Hutang Felda: Najib Pencetus, Muhyiddin Dan Anwar Penyambunglink :
Hutang Felda: Najib Pencetus, Muhyiddin Dan Anwar Penyambung
Baca juga
Hutang Felda: Najib Pencetus, Muhyiddin Dan Anwar Penyambung
Julai 2017 - Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mengumumkan enam insentif bagi peneroka FELDA bagi tahun tersebut.
Antaranya melibatkan pelupusan hutang bagi penanaman semula serta geran khas untuk aktiviti terbabit.
Selain itu, beliau turut mengumumkan bayaran RM5,000 bagi setiap keluarga yang layak serta bayaran balik pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV). Lebih 94,000 keluarga layak bagi bayaran ini yang akan diberikan pada penghujung Ogos.
9 Mei 2018 - BN Kalah dalam PRU-14, PH menerusi konsesus telah melantik Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perutusan Khas 100 Hari memperkenalkan Tiga mekanisma untuk membantu menghapus hutang peneroka Felda seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU14.
Kesemua mekanisme berkenaan adalah usaha untuk menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
Tiga insentif tersebut ialah:
1. Insentif pelupusan sebahagian hutang tanam semula yang ekstrem melalui penyediaan dana sebanyak RM300 juta untuk lima tahun
2. Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang bersama sistem Felda melibatkan seramai 90,418 peneroka dengan kos RM452 juta
3. Insentif pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV melibatkan 77,972 peneroka dengan kos RM103 juta
24 Februari 2020 - Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
29 Februari 2020 - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.
8 Julai 2021- Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ketika itu mengumumkan bahawa secara dasarnya, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan.
16 Ogos 2021, pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media social Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.
20 Ogos 2021, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
Ismail Sabri meneruskan agenda menghapuskan hutang Peneroka Felda itu, dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat bertarikh 27 September beliau menyatakan:
“Seramai 98,867 peneroka telah menandatangani ‘Perjanjian Penghapusan Pinjaman dan Pengurusan Kebun Antara Felda dan Peneroka’.”
“Ia merupakan 86.89 peratus daripada keseluruhan 112,638 peneroka”
"Persetujuan tersebut melibatkan penghapusan RM6.1 bilion hutang peneroka daripada jumlah keseluruhan penghapusan berjumlah RM8.3 bilion,"
Tak cukup dengan menghapuskan hutang Peneroka terhadap Felda Ismail Sabri juga bersetuju untuk menghapuskan hutang peserta Felcra Bhd selain mengumumkan pengagihan keuntungan boleh agih interim 2/2022 berjumlah RM181.5 juta untuk para pesertanya.
10 Oktober 2022, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9.
24 November 2022 - Selepas PRU-15, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Jumlah pelupusan hutang Peneroka yang dibuat sebelum ini telah memberikan impak besar kepada aliran tunai dan prestasi FELDA.
Oleh itu sebagai langkah membantu dan menjamin kelangsungan FELDA, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu sudah menandatangani perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) bagi penerimaan pertama geran RM990 juta dari kerajaan untuk penebusan sukuk FELDA. Perjanjian itu antara lain memberikan ruang kepada FELDA untuk menstruktur semula komitmen kewangan terhadap kadar faedah yang dikenakan serta pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.
Jadi.. samada suka atau tidak.. kesimpulannya ialah idea menghapuskan hutang PENEROKA ini datangnya dari Najib.. bukan Muhyiddin ataupun Anwar Ibrahim.. mereka cuma meneruskan agenda Najib.
Muhyiddin membantu dalam menghapuskan hutang Peneroka terhadap Felda manakala Anwar pula membantu FELDA yang kekeringan dana kerana menghapuskan hutang PENEROKA itu..
Demikianlah Artikel Hutang Felda: Najib Pencetus, Muhyiddin Dan Anwar Penyambung
Sekianlah artikel Hutang Felda: Najib Pencetus, Muhyiddin Dan Anwar Penyambung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hutang Felda: Najib Pencetus, Muhyiddin Dan Anwar Penyambung dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/hutang-felda-najib-pencetus-muhyiddin.html