Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar

Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar
link : Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar

Baca juga


Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar


Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Putrajaya mengekalkan 90% kuota Bumiputera dalam program matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan kebimbangan kaum itu selepas kerajaan menambah jumlah pelajar bagi kursus itu.

Presiden PKR itu berkata, beliau diberitahu pertambahan daripada 25,000 tempat kepada 40,000 tempat menimbulkan kebimbangan kuota pelajar Melayu akan diambil kaum lain.

“Buat masa ini, kita perlu mengurangkan kebimbangan itu. Kita tidak mahu mereka rasa kita ambil tempat orang Melayu.

“Ini khasnya untuk fakulti di mana penyertaan Melayu amat rendah,” kata bekas menteri pendidikan itu selepas menerima Anugerah Kewarganegaraan Global daripada Saturna Capital di sini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilaporkan berkata, pertambahan bilangan pelajar itu diputuskan Kabinet untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar berbilang kaum mendapat pendidikan tinggi.

Katanya, kuota 90:10 dikekalkan untuk menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di universiti awam.

Langkah itu bagaimanapun dibidas pemimpin DAP, P Ramasamy yang berkata, kerajaan gagal melangkah ke depan, manakala penyelaras Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) bagi wilayah utara, K Sudhagaran Stanley menyifatkannya “satu daripada langkah terburuk” kerajaan Pakatan Harapan.

Hari ini, Anwar berkata, Putrajaya sekadar menangani kebimbangan orang Melayu.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia tiada kaitan dengan perkauman, tetapi untuk menampung golongan berpendapatan rendah (B40).

“Kita tidak patut abai atau meminggirkan mereka.” lapor FreeMalaysiaToday


Demikianlah Artikel Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar

Sekianlah artikel Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/04/kekal-kuota-90-bumiputera-untuk-kurang.html

Subscribe to receive free email updates: