PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !!

PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !!
link : PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !!

Baca juga


PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !!

SUB-SIRI 2 : PERTALIAN PERSAUDARAA HAKIM SEBUTAN PERTUDUHAN DENGAN AHLI UMNO EXCO PAHANG !! 

 Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, 

 AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera : 

 1. Pada hari ini, 05.07.2017, MALAYSIAKINI bertajuk "Hakim kes Najib adalah adik ahli exco Umno Pahang" telah melaporkan : 

 "Hakim Sophian adalah adik kepada Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang merupakan ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.", dan 

 "Secara kebetulan, Najib juga berasal dari Pahang." 

 2.Pada dasarnya dari segi prinsip "keadilan asasi" ("natural justice"), mana-mana HAKIM yang mengendalikan mana-mana prosiding di Mahkamah, samada sivi mahupun jenayah, CUMA adalah dianggap sebagai "BERKEPENTINGAN BERCANGGAH" ("IN CONFLICT OF INTEREST") sekiranya HAKIM itu mempunyai hubungan langsung dengan pihak yang terbabit dalam pertikaian di hadapannya itu. 

3. Bagi saya, melainkan dapat ditunjukkan bahawa ada asas untuk merumuskan di sebaliknya, maka semata-mata seseorang HAKIM itu mempunyai pertalian darah dengan seorang yang berjawatan dalam Kerajaan Negeri Pahang dari parti UMNO, dengan sendirinya tidak boleh menjadi sebab untuk dirumuskan bahawa HAKIM itu sememangnya berada dalam keadaan "BERKEPENTINGAN BERCANGGAH" ("IN CONFLICT OF INTEREST") secara langsung. 

 4. Jangan kita lupa, pernah dilaporkan bahawa parti UMNO mempunyai keahlian dalam persekitaraan 3 juta ahli (walaupun jumlah ini disangsikan kebenarannya kini), dan dengan diambil kira jumlah Rakyat Malaysia adalah sekitar 30 juta orang, maka ratio keahlian UMNO kepada Rakyat Malaysia adalah 1 : 10, maka TIDAK MUSTAHIL mana-mana HAKIM lain pun sememangnya berkemungkinan mempunyai pertalian persaudaraan dengan mana-mana ahli UMNO lain yang berjawatan ataupun tidak. 

 5. Hatta, isunya bukanlah berkaitan PERTALIAN PERSAUDARAAN itu semata-mata, itupun dengan ahli UMNO yang berjawatan, tetapi isu sebenar di sisi undang-undang adalah : ADAKAH TERDAPAT MANA-MANA FAKTOR LAIN YANG BANTU MERUMUSKAN BAHAWA TERDAPAT SATU FAHAMAN ANTARA HAKIM DAN SAUDARANYA ITU UNTUK BERTINDAK TIDAK ADIL DALAM PROSIDING PERTUDUHAN NAJIB RAZAK ??? !!! 

 6. Tambahan pula, sekiranya mana-mana pihak dalam pertikaian di Mahkamah tidak yakin dengan "kesucian" kedudukan HAKIM dalam pertikaian itu, maka setiap pihak itu adalah bebas di sisi undang-undang untuk membuat PERMOHONAN RASMI di Mahkamah bagi tujuan PENGECUALIAN HAKIM itu dari mengendalikan mana-mana prosiding lanjut pertikaian itu. 

 7. Justeru, pihak PEJABAT PEGUAM NEGARA adalah diSARANkan untuk mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam sebelum mendengar rungutan awam, yang baru sahaja didedahkan dengan fakta itu, dan mengambil sebarang langkah lanjut yang dibenarkan di sisi undang-undang, cuma selepas kajian rapi telah dijalankan dengan lengkap !! 

 8. Sebagai penutup, jangan pula di kemudian hari dikatakan mana-mana HAKIM baru, jika ada, mempunyai PERTALIAN PERSAUDARAAN dengan ahli parti komponen PAKATAN HARAPAN pula, ataupun PERTALIAN PERSAUDARAAN dengan Peguam Negara TOMMY THOMAS, di belah dua pupu datuk ataupun nenek saudaranya pula !! 

9 TANPA GUNDAH GANJARA !!! 

 DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!! 
 Haniff Khatri
 05.07.2018 @ 1658


Demikianlah Artikel PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !!

Sekianlah artikel PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/pertuduhan-najib-razak-di-mahkamah.html

Subscribe to receive free email updates: